Saturday, June 4, 2011

Pas terdesak. Hadi kata pertahan negeri Pakatan dengan penuh kudrat

DARI MEJA IBM :

Berucap di Muktamar Pas ke - 57

Assalamu'alaikum w.b.t salam ukhwah dan salam sejahtera

KUALA LUMPUR, 3 Jun - Kalau Datuk Seri Najib akan mempertahankan Putrajaya dengan apa sekali pun pada PRU ke - 13, Datuk Seri Hadi Awang pula akan pertahankan negeri-negeri Pakatan sepenuh KUDRAT.

Presiden PAS dalam ucapan dasarnya hari ini mengarahkan seluruh jentera parti itu bersiap sedia mulai sekarang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Paling penting kata Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, jentera PAS perlu membuka bilik gerakan dan memenuhkannya dengan aktiviti ke arah mendekatkan parti kepada pengundi.

Walau bila pun tak tahu tarikhnya, beliau dengan ini mengarahkan seluruh jentera PAS untuk bersiap sedia sebaik sahaja muktamar kita selesai, dengan membuka bilik gerakan dan aktivitinya dengan penuh taktikal, seterusnya menyiapkan gerak kerja secara berstrategi, katanya.

Pada masa sama beliau mahu semua Dewan, Pemuda, Muslimat dan Ulama melaksanakan 70% tumpuan program mereka ke arah mendekati pengundi khususnya golongan atas pagar.

Bagi Unit Peti Undi (UPU) pula, harapan disandarkan agar mengenali dan mendampingi setiap pengundi dalam lingkungan mereka seperti mendampingi ahli keluarga sendiri.

Uslub yang harus digunakan pula haruslah dengan bahasa yang penuh kemesraan, hikmah dan penuh kesabaran agar mesej parti dapat diterima oleh semua.

Beliau dengan penuh semangat mengajak sama-sama berikrar untuk mempertahankan negeri Kelantan dan Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang kita tadbir secara bersama ini dengan sepenuh kudrat yang kita ada.

Biar keringat kita membasahi bumi tempat berpijak, biarlah tenaga kita bergelora dengan semangat yang tinggi, kita akan pertahankan kemenangan yang telah kita kecapi selama ini dengan Izin Allah,tegasnya.

IBM : Setakat untuk mempertahankan 4 negeri yang di perintah oleh PR dan mengunakan sepenuh kudrat, apa ada hal. Bagaimana dengan Putrajaya ?...Selama ini PR berkempen sana-sini menabur janji-janji kosong, menipu rakyat, kononnya PR akan tawan Putrajaya diketuai oleh 'Punahsihat' PKR, Ds Anwar Ibrahim. Tapi, Tok Guru Hadi pula kata, hanya nak mempertahankan 4 negeri sahaja. Itulah omong-omong kosong dari Pakatan Rakyat (PR).
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...