Saturday, June 4, 2011

Jom, tolak Pas , mai masuk Umno, bukan seorang, seluruh keluarga..

DARI MEJA IBM :
[Kategori sana-sini dari Umnoline.com]

Assalamu'alaikum w.b.t salam ukhwah dan salam sejahtera.



BACHOK, 4 Jun Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr mendakwa kira-kira 10,000 anggota PAS, golongan atas pagar dan kaum belia yang mencapai umur mengundi di Kelantan menyertai UMNO selepas pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata mereka berbuat demikian setelah kecewa dengan kegagalan PAS membangunkan Kelantan.


“Ada menyertai UMNO (cawangan) secara terbuka dan senyap melalui tokoh-tokoh tertentu untuk mengelak daripada disabotaj anggota PAS di peringkat kampung,” katanya kepada pemberita selepas menemui penduduk di Kampung Kuau di sini, hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata UMNO sentiasa membuka pintu kepada sesiapa sahaja untuk menyertainya.

Ketua UMNO Bahagian Bachok itu juga yakin Barisan Nasional (BN) mampu merampas tampuk pemerintahan Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Oleh itu, katanya semua jentera pilihan raya BN mesti bersiap sedia dari sekarang dan kikiskan perasaan tidak berpuas hati sesama sendiri yang boleh melemahkan persiapan.

DAN DI SIK KEDAH PULA :


SIK, – Lebih 100 anggota Pas di sini bertindak keluar parti dan menyertai Umno akibat kecewa dan hilang kepercayaan dengan kepimpinan parti berkenaan.

Bekas Ketua Pemuda Pas Kampung Bandar Hilir Rashidi Sulaiman, 42, berkata lebih ramai penyokong Pas di daerah ini bakal menyertai Umno.

“Pemimpin Pas hanya tahu berjanji, tapi tidak tahu menunaikan janji. Kami melihat Umno dan Barisan Nasional sahaja yang mampu membela nasib rakyat,”katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang menyertai Umno kepada Pengerusi Badan Perhubungan Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Upacara penyerahan borang itu diadakan sempena majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Bandar Hilir, yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Sik Mohd Tajuddin Abdullah.

Sementara itu, Ahmad Bashah ketika berucap pada majlis tersebut berkata, semangat gelombang merah yang diperkenalkan Umno Kedah kini mula menampakkan kejayaan apabila ramai anggota dan penyokong Pas menyertai parti berkenaan.

“Umno dan BN Kedah yakin dapat merampas kembali Kedah dalam PRU (Pilihan Raya Umum) ke-13 nanti jika keadaan ini berterusan,” katanya.

IBM : Insyallah, ramai lagi ahli-ahli Pas yang akan menyertai UMNO, terutamanya di negeri Selangor. Depa dah jemu dengan janji-janji Pas, kata depa Pas sudah menyimpang jauh dari perjuangan asalnya. Mereka mengharapkan UMNO untuk membela nasib orang-orang melayu. Hidup UMNO..!!

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...