Friday, June 3, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :

03 JUN


Tunku Abdul Rahman dan rombongannya tiba di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur, setelah mengadakan rundingan kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu, di London.


Gambar menunjukkan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sedang dialu-alukan oleh Encik Abdul Aziz bin Ishak dan orang ramai.


ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA

ROMBONGAN KEMERDEKAAN PULANG DARI LONDON
Tarikh Peristiwa : 03.06.1957
Pada hari ini dalam tahun 1957, satu perhimpunan menyambut ketibaan rombongan kemerdekaan ke London telah diadakan di Lapangan Terbang Tentera Udara, Sungai Besi. Perhimpunan ini telah dihadiri hampir 2 ribu orang yang berkumpul untuk menyambut kepulangan seramai 7 orang anggota rombongan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra. Anggota rombongan yang terdiri daripada tiga orang wakil kerajaan dan tiga orang wakil Raja-Raja Melayu. Antara yang turut serta dalam rundingan yang berlangsung selama lapan hari di London ini ialah Encik Ong Yoke Lin, Encik V.T Sambanthan, Encik Mohd Khir Johari dan Penyimpan Mohor Raja-Raja iaitu Tuan Haji Mustapha Al-Bakri. Rundingan yang diadakan itu berkaitan dengan Rangka Perlembagaan Peresekutuan Tanah Melayu yang telah berlangsung dengan pihak Pejabat Tanah Jajahan Inggeris. Rombongan ini juga telah mencapai persetujuan menetapkan satu Rangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Sesungguhnya rombongan ini telah berjaya membawa negara untuk mendapatkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

IBM : SELAMAT MEMBACA.
SUMBER : ARKIB NEGARA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...