Saturday, March 31, 2012

BN Yakin Menang Di 36 DUN Selangor.....


Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar yakin BN akan berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan rayan umum akan datang. Katanya, mereka yakin akan menang di 36 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan, hanya kurang satu kerusi untuk membentuk majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), laporNanyang Siang Pau.

Dalam wawancara eksklusif itu juga, Noh meramalkan Umno akan menang 30 daripada 35 kerusi yang ditandingi, MCA mampu mendapat lima daripada 14 kerusi sementara GERAKAN dan MIC masih-masing mendapat satu kerusi. Noh berkata, mereka memang mahu merampas Selangor dengan majoriti mudah tetapi jika berjaya mendapat majoriti dua pertiga, ia dikira "bonus".

Katanya, walaupun mendapat sokongan kurang memberangsangkan selepas kalah dalam pilihan raya umum 2008, situasi kini berubah bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak secara langsung.

p/s : IBM Kata, "memang BN merasa yakin kali ini. Misi tawan Selangor pasti akan berjaya. Insyallah."

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Friday, March 30, 2012

Carroll Gementar Ke Newcastle!!!


LONDON - Penyerang Liverpool, Andy Carroll dijangka akan diselubungi perasaan gementar apabila kembali ke Newcastle United untuk menghadapi aksi Liga Perdana England, Ahad ini.
Bekas pemain skuad The Magpies itu akan kembali ke Stadium St. James Park sejak berpindah ke Liverpool dengan yuran perpindahan sebanyak £35 juta (RM 170.80 juta) pada Januari 2011.
Carroll pernah berdepan dengan bekas kelabnya itu sebanyak dua kali tetapi dia gagal menjaringkan gol.
Penyerang antarabangsa England itu berasakan sesuatu akan berlaku kepada dirinya sekiranya beraksi di Tyneside.
"Selalunya saya sukar berasa gementar tetapi pada pertembungan kali ini ia agak berbeza sedikit.
"Semua ahli keluarga serta rakan saya akan berada di sana dan mereka merupakan satu keluarga yang besar dalam bola sepak. Saya tidak pasti siapa yang akan mereka sokong nanti," kata Carroll.
Carroll tidak menjangkakan akan ada sambutan yang hangat tetapi masih mengakui bahawa dia tetap peminat kelab lamanya itu.
Untuk rekod, Carroll menjaringkan 33 gol dalam 91 perlawanan ketika bersama skuad utama Newcastle dari tahun 2006 hingga 2011.
"Ia sangat bagus dapat menyaksikan Newcastle beraksi dengan baik. Saya masih menyokong mereka dan berasa sangat bertuah kerana dapat bersama mereka sebelum ini," katanya.
Carroll terpaksa bekerja keras sebelum ini untuk menjaringkan gol sejak berpindah ke Merseyside.
Jaringan terakhirnya bersama Liverpool adalah ketika membantu skuad itu menjuarai Piala FA menewaskan Brighton pada 19 Februari lalu. - Agensi
p/s : IBM Kata, "IBM rasa lebih baik Carroll kembali bermain untuk Newcastle. Tak ada maknanya dia tinggal lebih lama di Anfield. Lagi cara permainannya tidak kena dengan cara pemain2 lain di dalam skuad The Reds. Kepada King Kenny, lepaskan saja dia ni."
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tokoh Ulama Ajak Kita Tentang Pemimpin 'biseksual'..Siapa Pemimpin Tu??

SALAM 2 ALL,

INI bukan IBM reka cerita, tapi ianya dari mulut dua tokoh ulama di negeri ini yang menyeru umat Islam supaya menolak pemimpin yang mengamalkan biseksual kerana amalan tersebut dilaknat oleh Allah. Malah kedua-dua mereka berpendapat wajib umat Islam berbuat demikian bagi mengelakkan negara ditimpa 'malapetaka' yang besar pada masa depan.

Pengasas Pondok Geting, (tak payah sebut namalah) berkata, individu yang mengamalkan biseksual adalah golongan fasik yang tidak boleh diterima sama sekali sebagai pemimpin dan wajib ditentang. Beliau berkata, golongan itu juga akan merosakkan agama kerana mereka lebih mementingkan hawa nafsu dan terikut-ikut dengan budaya barat.

"Dari segi agama Islam, biseksual adalah kelakuan yang dilaknat oleh Allah, mereka ini adalah golongan fasik dan wajib kita tentang habis-habisan," kata mereka. IBM memang setuju. Bagaimana dengan para pembaca semua, setuju tak?. Agak-agak le, siapa yang dimaksudkan oleh tokoh-tokoh ulama tu?. IBM pasti anda semua ada jawapanya. Kan? - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

HARI INI DALAM SEJARAH


30 MARCH

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

MAJLIS PELANCARAN PERAYAAN KE-25 DAN PERASMIAN PAMERAN SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PARLIMEN MALAYSIA


PADA hari ini dalam tahun 1985, telah berlangsung Majlis Perayaan 25 tahun Parlimen Malaysia, di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed. Turut serta pada majlis tersebut, Dato' Seri Dr. Siti Hasmah serta Y.A.B Timbalan Perdana Menteri dan isteri. Berucap pada majlis perasmian itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa tidak ada sesiapa pun boleh berkata bahawa pilihan raya di Malaysia tidak bebas. Malaysia ialah sebuah negara demokratik dengan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. Menurut beliau lagi, walaupun kebebasan yang dinikmati oleh rakyat negara ini tidak mutlak dan tertakluk kepada sekatan-sekatan tertentu namun, sekatan tersebut tidak pula dikenakan dengan sewenang-wenangnya. Sekatan-sekatan itu dibuat berdasarkan kehendak rakyat melalui Parlimen dan perlu diadakan oleh kerajaan, terutama dalam masyarakat majmuk di negara ini. Pada majlis tersebut juga, Perdana Menteri telah menyaksikan Pameran Sejarah Parlimen Malaysia dengan diringi Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Datuk Zakiah Hanum Haji Abdul Hamid.

SUMBER : ARKIB NEGARA.GOV.MY
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Mini Kasino Dalam Kebun Sayur???


GEORGE TOWN - Siapa sangka di belakang sebuah bengkel membaiki kenderaan yang terletak di pinggir hutan dan dikelilingi kebun sayur di Kampung Batak, Sungai Ara di sini rupa-rupanya menempatkan sebuah mini kasino yang popular dalam kalangan kaki judi yang sudah berusia.
Bagi memastikan mini kasino yang terletak dua kilometer dari jalan besar itu selamat, sindiket judi haram yang mengoperasikan kegiatan itu mengupah beberapa orang tonto untuk mengawasi kawasan tersebut.
Malah kawasan terpencil itu juga dilengkapi sebanyak 16 buah kamera litar tertutup (CCTV). Antara lokasi CTTV yang dipasang termasuk di beberapa simpang jalan masuk ke mini kasino yang beroperasi selama 24 jam.
Namun setelah sebulan beroperasi, pada pukul 9.30 malam kelmarin, mini kasino yang dibina dengan khemah itu diserbu sepasukan polis dari Unit Pencegahan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman.
Serbuan itu dilakukan selepas beberapa anggota polis terpaksa menyamar sebagai kaki judi untuk masuk ke mini kasino itu.
Ketua operasi D7, Deputi Superintendan Tan Tin Heng berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk membuat risikan kerana mini kasino itu diawasi CCTV dan tonto.
"Polis terpaksa mengumpul maklumat daripada orang awam dan membuat penyamaran sebelum membuat serbuan malam tadi (kelmarin)," kata beliau selepas serbuan itu.
p/s : IBM Kata, "Inilah akibatnya bila DAPig berkuasa. Dimana-mana pun ada tempat perjudian. Itulah matalamat sebenar DAP yang beria-ia nak ke Putra Jaya. Apa rakan kongsinya PAS boleh buat??.diam membisu bak orang bisu. PAS sanggup mengadai maruah diri, bangsa dan agama demi kepentingan politik songsang mereka dan di kongkong oleh DAP. IBM percaya, negara kita akan menjadi negara yang penuh dengan maksiat, rasuah sekiranya PR memerintah kerana DAP lah yang akan menjadi 'master mind'. Tak tahu bila melayu PAS akan sedar. PAS memang HAMPEHHHH!!."
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Thursday, March 29, 2012

Pakatan Berebut Kerusi Di Kedah, BN Untung....

PERUBATAN kuasa di Kedah antara parti-parti dalam pakatan pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana gabungan mereka terbentuk atas asas yang rapuh, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
“Mereka (pemimpin pakatan) sedang mengalami sindrom mahu berkuasa, sebab itu mereka berebut untuk menjadi calon,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata dalam kalangan pemimpin Pas timbul krisis untuk merebut kerusi Menteri Besar manakala antara parti dalam pakatan pembangkang pula berlaku perebutan kerusi.
“Malang bagi rakyat Kedah kerana pemimpin pembangkang berebut kuasa yang akan digunakan untuk kepentingan sendiri dan bukannya untuk memperjuangkan kepentingan rakyat negeri Kedah,” katanya.
Ahmad Bashah berkata pakatan yang dibentuk oleh pembangkang itu tidak mempunyai asas setiakawan yang kuat dan hanya berpaksi kepada kepentingan parti masing-masing.
“Sebab itulah apabila mereka berkrisis mahu merebut kerusi di Kedah, saya tidak hairan kerana kita semua tahu pakatan mereka amat rapuh kerana masing-masing ada agenda tersendiri,” katanya.
Beliau berkata ini berlainan dengan BN kerana walaupun ia dibentuk oleh gabungan pelbagai parti, BN mempunyai asas perjuangan yang jelas serta mempunyai semangat kesetiaan yang kuat.
“Saya berharap krisis demi krisis yang tidak pernah padam dalam kerajaan Kedah menjadi pembuka mata kepada rakyat untuk menilai parti mana yang layak menerajui negeri ini pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.
p/s : IBM Kata, "Pakatan Rakyat di Kedah ni ibarat retak menanti belah. bila-bila masa boleh pecah bekecai. Itulah akibatnya kerana terlalu angkuh dan sombong. Yang menjadi mangsa ialah rakyat. Kesian orang-orang Kedah. Kepada orang-orang Kedah, apa tunggu lagi, tukar je. Tendang PR dari negeri Kedah. Kedah sihat wal'afiat bersama BN, Insyallah."
SUMBER : UMNOLINE.COM ~ TERIMA KASIH.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

'SMS' Speaker Jadi Pembohongan Kerajaan Selangor Selama ini....



Hasrat speaker Dun Selangor berpesan kepada Exco-Exco agar melakukan yang terbaik kerana itu mungkin sidang Dun yang terakhir akhirnya memakan dirinya.
Sidang Dun yang beliau ramalkan yang terakhir itu memakan dirinya sendiri gara-gara sistem pesanan blackberry darinya.
Mungkin benarlah itu sidang yang terakhir yang dikendalikannya dan tuhan hendak tunjukan kepada rakyat Selangor tentang sifat-sifat munafik mereka yang memerintah Selangor sekarang ini dalam sidang yang penutup.
Peristiwa memalukan dalam persidangan DUN Selangor itu tidak pernah berlaku di mana-mana negara kecuali inilah satu-satu yang pernah wujud di atas muka bumi apabila speaker kantoi menghantar mesej arahan yang bias dan memihak semasa mempengerusikan persidangan.
Umum mengetahui tugas dan tanggungjawab seorang speaker selain mengawal perjalanan dewan, speaker juga perlu berlaku adil dan tidak memihak sekalipun dirinya adalah pemimpin parti politik tertentu.
Jika dalam persidangan Dun pun speaker dari DAP tidak mampu berlaku adil dan bersikap telus, adakah anda percaya dalam pentadbiran kerajaan negeri tidak berlaku ketirisan dan ketidaktelusan ?
Misalnya dalam urusan pembahagian tender dan kontrak kerajaan, perlantikan jawatan dan pengurusan kewangan negeri yang sebelum ini pun banyak menimbulkan keraguan ramai terhadap ketelusannya.
Dari kejadian ini dapat disimpulkan yang DAP sememangnya sekian lama telah menguasai arah tuju pentadbiran negeri, ini sekaligus menimbulkan persoalan terhadap keupayaan Menteri Besar dalam tadbir urus negeri.
p/s : IBM Kata, "Memang selamanya, tiada ketelusan dari kerajaan PR Selangor. Mereka banyak main wayang, membodohkan rakyat, dan ini juga bermakna mereka telah memperbodohkan DYMM Sultan Selangor. Elok benar perkara ini diajukan kepada pihak Istana diatas pembohongan kerajaan PR. IBM setuju benar sekiranya satu memorendum khas dihantar kepada DYMM Tuanku Sultan untuk diambil tindakan. Memang kurang ajar dan kerajaan penipu PR ni."
SUMBER : SELANGORDAILY.COM ~ TERIMA KASIH.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Datuk Nalla Tetap Kata Anwar Seorang 'Biseksual', Tak Layak Jadi PM!!

DARI kiri Ummi Hafilda Ali, Anuar Shaari, N. Gobalakrishnan, Zahrain Mohamed Hashim, Muhammad Shafee Abdullah, S. Nallakaruppan, Hasnal Rezua Merican, Zulkifli Noordin, Ng Lum Yong, Ruslan Kassim dan Zahid Md. Arip pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.


Anwar mesti benggang, marah dan geram. Dalam sidang akhbar semalam, Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berpegang teguh dengan kenyataan beliau yang mengatakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang biseksual sungguhpun menghadapi tindakan saman daripada Anwar.

Katanya, beliau tahu sebab utama Anwar menyamannya adalah kerana kenyataan beliau bahawa tiada peruntukan dalam perlembagaan seorang biseksual boleh menjadi Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang.

Beliau tetap dengan pendiriannya bahawa seorang biseksual tidak layak menjadi PM atau Ketua Pembangkang. Bukan di negara ini. Ini prinsip yang saya pegang walaupun disaman RM500 juta sekalipun, katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

IBM rasa kenyataan Datuk Nalla tu memang disokong ramai. Dalam pada itu, mengikut kata musuh-musuh tradisi DS Anwar, banyak rahsia dan salah laku Anwara akan dibongkar, hanya mereka menunggu masa yang sesuai untuk melondehkan seluar Anwar. Kita tungguuuu - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

SPR : DAFTAR SEBELUM AHAD INI.....



Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.

"Kalau (pemohon) tidak terlibat dengan bantahan, mereka layak mengundi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada suku tahun pertama tahun ini layak untuk mengundi pada PRU-13 sekiranya pilihan raya UMUM diadakan pada bulan Jun ke atas.

p/s : IBM Kata, "cepat, cepat. Nanti menyesal. Rugi kalau tidak mendaftar sebagai pemilih. Kalau anda semua seorang rakyat prihatin dan sayangkan negara, elok beno le daftar. Sesiapa yang mendaftar sebelum hari Ahad ini, dia otomotik layak untuk mengundi pada PRU-13 ini."

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

Tuntutan Dong Zong Biadap - Ridhuan Tee...


Profesor madya Mohd Ridhuan Tee Abdullah hari ini berkata tuntutan oleh kumpulan aktivis pendidikan Cina, Dong Zong merupakan tindakan "biadab" kerana cuba menjadikan Malaysia seperti negara komunis China. "Tuntutan mereka amat tidak logik dan melampau. Walaupun komunis telah tiada, tetapi pemikirannya masih kuat. "Tuntut sebanyak-banyaknya, mereka tahu kerajaan tidak akan tunduk. Namun kerajaan akan beri sedikit, Pemberian sedikit itulah kemenangan terbesar buat mereka," katanya dalam satu tulisan di akhbar Utusan Malaysia hari ini. Ridhuan juga berkata, kumpulan "ultra kiasu" Dong Zong itu juga tidak ikhlas untuk membawa agenda kebangsaan dalam tuntutan mereka, tetapi hanya memfokuskan kepada agenda "Cina, Cina, Cina." 


Katanya lagi, Dong Zong sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan dan bukannya mengadakan "demonstrasi ultra kiasu." Tambahnya, tindakan itu sepatutnya menyebabkan kumpulan itu ditahan bawah ISA tetapi kerajaan tidak bertindak seperti itu. Keadaan itu berbeza dengan tindakan yang akan diambil kerajaan komunis China, yang menembak mati 800 orang dalam perhimpunan berdarah Tiananmen."

Lihat betapa bertuahnya negara ini, media ultra kiasu mempropagandakan isu ini tidak pernah habis dan terus memainkan sentimen perkauman. Kita terus berlembut."Jika ada pun tindakan, hanya surat tunjuk sebab dan amaran, pun tidak berani menjentiknya. Kenapa?"Nasihat saya, berilah sebanyak manapun, ultra kiasu tidak akan mengundi kita," katanya.

p/s : IBM Kata, "memang betul tu. IBM setuju dengan apa yang dikatakan oleh Prof Madya Mohd Ridhuan Tee. Banyak mana pun kita bagi, cina-cina tu tak akan mengundi kita (BN). Dasar dan darah komunis masih tebal dijiwa mereka." 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Wednesday, March 28, 2012

Ubahsuai Pejabat Bertukar Menjadi Ubahsuai Kepimpinan Pakatan Rakyat..


PELIK sungguh permainan politik pembangkang.
Namun tiada apa yang sebenarnya pelik apabila Khalid Ibrahim mempertahankan kelayakan Hasan Ali mengubahsuai pejabatnya yang bernilai RM350 ribu.  Mengikut Khalid lagi, adalah munasabah untuk Hasan Ali berbelanja ke atas pengubahsuaian pejabatnya kerana faktor usang.  Pun begitu, nilai yang dibelanjakan adalah mengikut prosedur kerajaan negeri.
Kenyataan Khalid Ibrahim ini jelas memberi tamparan hebat kepada Azmin Ali, yang cuba untuk menjadikan nilai ubahsuai pejabat Hasan Ali sebagai modal untuk menghentam Hasan Ali.
Mungkin apa yang dibuat oleh Azmin Ali punya dasar dan maksud.  Namun, tiba-tiba Khalid mempertahankan pula.  Kenapa?  Kerana perkara ini seharusnya menjadi rahsia di dalam rahsia pentadbiran kerajaan negeri.  Ia hanya akan mendedahkan keburukan demi keburukan pentadbiran Khalid Ibrhim.  Dan Khalid, tidak mahu Azmin menjadikannya isu kerana ia ibarat mencurah garam di luka.  Khalid sememangnya maklum, cita-cita Azmin terhadap Selangor Darul Ehsan.
Peduli apa Azmin, malah, dia berada di dalam keberuntungan.  ”Kills two birds with one stone”, itulah peribahasa yang terbaik bagi menterjemahkan strategi Azmin.  Dengan satu isu, Azmin cuba memburuk-burukkan Hasan Ali, dan secara tidak langsung, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang menjadi nakhoda Selangor Darul Ehsan yang sedang terhoyong hayang akibat anak kapalnya ibarat tikus membaiki labu.
Harapkan pagar, pagar makan padi, itulah jua nasib yang menimpa Khalid.  Pada saat Azmin mencetuskan isu harga pengubahsuaian pejabat Hasan Ali, ia tidak didiamkan begitu sahaja.  Bagai satu konspirasi, muncul pula Xavier Jayakumar, Exco Kesihatan yang tertidur di sidang DUN, merangkap suami kepada seorang guru di Sekolah Tengku Ampuan Jemaah, mendedahkan “hanya” RM100 ribu dibelanjakan untuk tujuan pengubahsuaian pejabatnya.
Akhirnya, Khalid Ibrahim terpaksa menangggung segalanya.  2 pendedahan tersebut telah menyebabkan timbul persoalan di hati rakyat jelata, berapa pula yang Khalid Ibrahim belanjakan untuk pengubahsuaian pejabatnya.  Itu belum diambil kira dari barisan wakil rakyat Pakatan yang lain, yang juga disebut di blog-blog sebagai penyamun-penyamun tarbus.
Pastinya, pejabat yang menempatkan Penasihat Ekonomi Selangor menjadi titik persoalan penting dalam isu ini.
Jelas, Khalid tidak mampu meleraikan gelombang pembunuh di dalam diam yang sudah lama berlegar, menanti saat PRU 13 untuk mengganggu gugat kelestarian kepimpinan Pakatan Selangor, sekaligus memahkotakan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Khalid, sekiranya Pakatan terus menguasai Selangor pada PRU 13 nanti.
Sama-sama kita saksikan, apakah ada lagi pendedahan serupa sedikit masa lagi.
p/s : IBM Kata, "elok beno perkara ini dibongkar dikalangan mereka sendiri. Ini menunjukkan betapa borosnya kerajaan Selangor dibawah pentadbiran PR membelanjakan duit rakyat semata-mata nak cantikkan pejabat mereka. Pejabat nak cantik, tapi, khidmat pada rakayt?..kosong, zero. Khalid gagap memang tak layak langsung jadi MB. Selagi PR memerintah negeri Selangor ni, semakin menderita rakyat dibuatnya. Maka, elok benolah di terajang PR ni dari Selangor, kalau boleh A.S.A.P."

SUMBER BERITA : SELANGORDAILY.COM ~ TERIMA KASIH.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

HARI INI DALAM SEJARAH


28 MARCH

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

UPACARA PERASMIAN SEKOLAH RAJA CHULAN, IPOH PERAK
Pada hari ini dalam tahun 1969, Sekolah Raja Chulan telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Encik Khir Johari. Sekolah Raja Chulan ditubuhkan di Ipoh Perak bagi menampung keperluan pelajar-pelajar di Ipoh. Sekolah tersebut yang menelan belanja lebih kurang $ 316 ribu. Di dalam ucapan perasmian antara lain Encik Khir Johari mengusulkan agar guru-guru sentiasa melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan akademik serta mana-mana guru yang mempunyai kelulusan tambahan diberi bonus, sebagaimana yang disebutkan dalam Laporan Aziz. Berikutan dengan perkara ini guru-guru adalah digalakkan untuk mengambil peperiksaan dan mengikuti kursus yang diadakan dengan diberi kemudahan cuti dan sebagainya bagi mencapai hasrat kerajaan untuk melengkapkan diri guru-guru sejajar dengan perkembangan pelajaran di negara ini. Sesungguhnya dengan perasmian sebuah lagi sekolah baru ini menandakan bertambah satu lagi kemajuan di bidang pelajaran untuk generasi yang ada dan yang akan datang. Ini merupakan salah satu di antara banyak kemajuan dan kemudahan dalam pendidikan yang telah diterima semenjak negara ini mencapai kemerdekaan.

SUMBER : ARKIB NEGARA.GOV.MY
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA   

Wan Azizah Dicabar??....




SEMALAM, Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Zabariah Wahab menggesa dan mencabar Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menafikan segala tuduhan yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan salah laku moral, termasuk dakwaan terbaru oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan. Zabariah berkata, sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan isteri kepada Ketua Pembangkang itu, Wan Azizah mempunyai tanggungjawab besar untuk memberi penjelasan kepada rakyat.

IBM pun setuju dengan pandangan Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang itu. Sebagai pemimpin parti, Wan Azizah tidak boleh membiarkan wujud pelbagai persepsi dalam kalangan rakyat terhadap Anwar. Sebab itu Wan Azizah mesti tampil menafikan semua salah laku Anwar. Jika Wan Azizah tidak berbuat demikian ia akan menimbulkan persoalan besar dalam kalangan rakyat, kata Zabariah dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Apapun, jelas bahawa Wan Azizah memaksa dirinya berbohong dan akan terus mempertahankan Anwar kerana takut dicop sebagai 'isteri derhaka'. Isteri mana yang tak sayangkan suami kan?. Apa jua yang suami buat, terpaksalah terima. Politik songsang pun politik songsahlah, asalkan bahagia. Begitulah apa yang terjadi pada Wan Azizah. Delima dan derita yang ditanggungnya selama ini akan berterusan sehingga cita-cita si suaminya yang bernama Anwar tercapai.

Bagi Wan Azizah, dosa tolak belakang. Demi maruah keluarga, suami, berbohong itu sudah menjadi 'sarapan' baginya, begitu juga dengan anak-anaknya. Mereka takut dan taksub pada Anwar. Persolaanya, sampaikah cita-cita Anwar untuk menjadi 'Perdana Menteri', dan sampai bilakah Wan Azizah akan berbohong?.....ehmm..jawapanya ada pada Wan Azizah sendiri. Kalau tak percaya, pi tanya dia. - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tuesday, March 27, 2012

PRU-13 : Jun Atau September???....



BILA, Jun atau September?. Itulah persoalan yang sering ditanya setiap kali topik pilihan raya umum akan datang dibangkitkan. Dengan beberapa isu yang memerlukan masa untuk diselesaikan, menyebabkan lebih ramai penganalisis politik percaya bahawa pilihan raya akan diadakan kemudian berb anding berlaku lebih awal. Kini September dikatakan sebagai bulan yang berkemungkinan untuk diadakan pilihan raya umum akan datang berikutan terdapat banyak hujah yang menentang spekulasi bahawa ia akan berlaku pada awal Jun. Yang menjadi perdebatan adalah beberapa isu akan memerlukan sedikit masa untuk diselesaikan. Dan..terdapat rancangan Perdana Menteri yang seolah-olah untuk mengadakan pilihan raya pada Jun.

Difahamkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijadualkan berkunjung ke Amerika syarikat pada minggu kedua bulan Mei, di mana beliau dijangka bertemu dengan Majlis Penasihat Inovasi dan Sains Global di New York. Majlis berkenaan ditubuhkan untuk membolehkan negara itu membuat lonjakan kuantum daripada sebuah negara berpandapatan sederhanan kepada yang berpendapatan tinggi. Menurut sumber, Najib mungkin menghabiskan selama lima hari di Amerika Syarikat, dan selepas itu dia boleh mengambil cuti pendek bersama keluarganya. Menurut salah seorang anggota Barisan Nasional (BN), mereka tidak tahu sama ada ini mengalihkan tumpuan media yang sudah membuat persiapan penuh untuk pilihan raya.

DS Najib pada Sabtu lalu membayangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, dan beliau mengatakan keyakinan kerajaan semakin meningkat dan "rasa-rasa bunyi dah dekat". DS Najib menegaskan, sepanjang lawatan beliau di seluruh negara sejak sehari atau dua hari lepas, beliau melihat keyakinan rakyat telah berkembang. Dan, beliau dapat rasakan. Jun dianggap sebagai tempoh seterusnya bagi Perdana Menteri untuk mengadakan pilihan raya, tetapi masih terdapat isu-isu yang memerlukan penyelesaian. Dengan kedatangan April yang hanya beberapa hari saja lagi, parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) masih sibuk menyelesaikan isu-isu pertukaran kerusi dan senarai nama-nama calon masih belum dimuktamadkan.

Sementara itu, DS Najib juga akan membuat lawatan dua hari ke China dari 31 March di mana beliau akan menghadiri pelancaran Taman Perindustrian Qizhou di Nanning bersama rakan sejawatnya dari China, Wen Jiabao. Jika Perdana Menteri tidak mengadakan pilihan raya menjelang Jun, ia akan diadakan selepas Julai berikutan kedatangan bulan puasa (Ramadhan). Seluruh Ogos pula akan menjadi sambutan Hari Raya sehingga kepada persiapan sambutan Hari Kebangsaan. Jika September yang dipilih, penganalisis lain berkata, ia akan diadakan pada minggu pertama bulan itu. Kemudian, terdapat menyuarat Parlimen 24 September sehingga 27 November, dimana Bajet akan dibentangkan. Apabila ia dibentangkan, ia akan diluluskan oleh Dewan Negara, yang bermakna (pembentangan Bajet) akan berlarutan sehingga ke tahun depan. Dewan Rakyat tidak akan dibubarkan apabila Bajet dibentangkan. Ia perlu melibatkan kedua-dua Dewan untuk melakukannya. Nampaknya kita kena menunggu dengan penuh kesabaran. Bukan macam pembangkang dah kelam-kabut dan berserabut.

Kerana apa?....kerana segala tekaan mereka salah dan tak tepat dan mereka juga merasa resah gelisah takut tak sempat membuat persiapan. Maklumlah, terlalu banyak masalah dalam parti dan banyak lagi isu-isu yang belum terjawab dan juga janji-janji mereka di PRU yang lepas masih tidak ditunaikan. Nasib le. - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

HARI INI DALAM SEJARAH


27 MARCH

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

MENTERI PERTANIAN DAN SYARIKAT KERJASAMA MERASMIKAN PELANCARAN MOTORBOT PERONDA JABATAN PERIKANAN NEGERI TERENGGANU

Pada hari ini dalam tahun 1969, Menteri Pertanian Dan Syarikat Kerjasama, Tuan Haji Mohd Ghazali bin Jawi telah merasmikan pelancaran 2 buah motorbot peronda Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, di Kuala Terengganu. Motorbot peronda tersebut yang berharga $ 226,000 telah dibina oleh Limbungan MARA, Kuala Terengganu akan digunakan untuk membuat rondaan di kawasan perairan di Negeri Terengganu. Semasa berucap di perasmian tersebut Tuan Haji Mohd. Ghazali Jawi berkata bahawa dengan penyampaian tauliah kepada 2 buah motorbot peronda tersebut, maka Bahagian Perikanan telah berjaya menyiapkan tiga buah Motorbot Peronda Kelas PA, panjang 45 kaki dan 3 buah lagi Motorbot Peronda yang sampai dijangka siap pada akhir tahun ini ataupun di awal tahun 1970. Dengan pertambahan motorbot peronda, maka ketenteraman dan keselamatan nelayan-nelayan kita boleh diselenggarakan di samping dapat mewujudkan suasana harmoni dan kepercayaan penuh di kalangan nelayan-nelayan kita dalam meneruskan usaha-usaha penangkapan ikan dengan yang demikian dapat menambahkan lagi hasil pengeluaran ikan negara.

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA  

Azmin Kena Jawab 5 Rukun Islam???..Tahu Ke Azmin???


SALAM 2 ALL,


AZMIN PERLU JAWAB.....JAWAB JANGAN TAK JAWAB...



PANAS!!..semakin hari semakin panas. Nampaknya persengketaan dua sahabat yang satu ketika dulu duduk sebumbung dengan menggunakan logo yang sama, kini dah menjadi semakin tegang dan belum nampaknya tanda-tanda nak reda. Semalam,  bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menafikan tiga perkara yang didakwa oleh Azmin Ali di Dewan Undangan Negeri Jumaat lalu, sebaliknya menuntut Timbalan Presiden PKR itu menjawab lima persoalan sebelum mempersoalkan kredibiliti pihak lain. 

Salah satu persoalan, menurut Datuk Dr Hasan, beliau mahu Azmin menjelaskan dari mana sumber kewangaannya bersama isteri untuk membeli saham yang mencecah RM2juta pada tahun 1992 hingga 1944. Katanya lagi, Azmin juga perlu menafikan laporan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia S.A. Vickneswaran yang mendakwa dia bersama isterinya termasuk seorang iparnya yang juga memiliki saham mencecah RM8.5 juta pada awal 90-an. Ini adalah lima soalan yang perlu Azmin jawab :

1. Perjelas dari mana sumber kewangaanya, isteri beli saham cecah RM2 juta pada 1992 - 1994.
2. Nafi laporan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S.A Vickneswaran yang mendakwa beliau, isteri dan seorang ipar miliki saham cecah RM8.5 juta pada awal 90-an.
3. Jawab dakwaan Ummi Hafilda beliau sudah 8 bulan tak ziarah ibu.
4. Sahut cabaran jalani ujian DNA ke atas anaknya di klinik diiktiraf kerajaan untuk menentukan kesahian biologinya
5. Nafi tuduhan buku karangan Syed Husin Al-Attas bertajuk 'Tuhan, politik dan seks' mendakwa Azmin mengetahui hubungan intim isterinya bersama Penasihat@Punahsihat PKR.

Maka, IBM ingin menyatakan bahawa tuduhan Azmi yang mensifatkan Datuk Dr Hasan Ali sebagai 'ejen penyubur fitnah' adalah tidak berasas langsung. Malah, bagi IBM, dialah yang sebenarnya ejen penyubur fitnah dan cerminlah diri tu dulu dan cepat-cepatlah bertaubat. Berbalik pada lima soalan yang perlu Azmin jawab, adakah beliau berani tampil dan menafikan dan akan menjawab 5 solan tersebut?...hehehe..IBM berani potong jari. Tapi...mungkin Azmin boleh jawap 5 rukun Islam...itupun kalau dia masih ingat. 

Jawapannya, tidak. Azmin tidak akan jawab 5 soalan tersebut,  kerana dia 'no egg'. - IBM 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Monday, March 26, 2012

Mai Kita Tengok Kerenah ADUN Pakatan Di Sidang DUN Selangor...


Seluruh rakyat masih lagi ingat, bagaimana sekeping foto Perdana Menteri, Pak Lah (sekarang Tun) dalam keadaan tidur digunakan semaksimum mungkin oleh pembangkang untuk mempertikaikan kredibiliti beliau.
Serangan demi serangan berlandaskan slogan “Jangan Tidur” dilakukan bagi menambah lagi kerosakan imej “Mr. Clean” Pak Lah di mata rakyat.  Sehingga satu tahap, juak-juak pembangkang ini berhimpun sambil ingin menghadiahkan bantal kepada Pak Lah, sebagai simbolik dua dalam satu.
Pertama, ia merujuk kepada “ketiduran” Pak Lah seperti di dalam foto itu, dan kedua, tidurlah terus, sebagai merujuk kepada permintaan, berundurlah dari jawatan Perdana Menteri.
Sememangnya, pembangkang cukup bijak dalam memainkan isu.  Itu tidak boleh dinafikan, sungguhpun isu yang dibangkitkan hampir 90 peratus berbasiskan pembohongan.  Dengan dengan sekeping foto, seluruh negara terasa impak serangan pembangkang melalui isu berkenaan.
Enak menyerang Perdana Menteri ketika itu, pembangkang seharusnya bersikap adil berdasarkan isu yang sama. Selangor pernah digemparkan dengan isu Xavier Jayakumar tidur sewaktu sidang DUN. Namun, mana mungkin pembangkang menggunakan foto itu sebagai modal politik mereka. Adakah ini yang mereka maksudkan, telus,?

Sidang DUN Selangor yang sedang berlangsung menyaksikan adegan-adegan tidak bertanggungjawab ADUN Pakatan kepada rakyat. Kali ini, Yaakob Sapari pula didapati tidur sewaktu sidang DUN berlangsung. Ia sungguh mengejutkan kerana Yaakob merupakan "hero" dalam insiden menahan lori pasir hantu pada waktu subuh dengan hanya berkain pelikat. "Kehebatan"nya itu seharusnya dikekalkan sewaktu sidang DUN berlangsung. Kasihan rakyat Selangor, 2 exco kerajaan negeri dibayar gaji hanya untuk tidur, sewaktu sidang DUN.

Belum pun reda panasnya isu exco yang tidur di dalam sidang DUN, rakyat Selangor dihidangkan dengan seorang lagi wakil rakyat Pakatan, yang khusyu’ melayar Facebooknya sehingga terlupa bahawa dia sebenarnya berada di dalam sidang DUN!
Kedua-dua insiden yang berlaku di atas amat memalukan, bahkan satu penghinaan kepada warga Selangor yang berharap sidang DUN menjadi medan setiap wakil rakyat yang dilantik berhujah demi kesejahteraan rakyat.  Sikap yang ditonjolkan oleh wakil-wakil rakyat berkenaan menunjukkan tiada keseriusan, dan juga tanggungjawab kepada rakyat.
Apa yang berlaku menunjukkan ADUN-ADUN berkenaan tidak peduli kepada perkara-perkara lain yang melibatkan kepentingan rakyat Selangor.  Yang mereka tahu, sampai giliran mereka akan berhujah, tanpa menunjukkan minat kepada usul atau perbahasan lain.
Padan pun sampah berlambak di Selangor, kerana ADUN-ADUN seperti ini juga tergolong dalam golongan sampah masyarakat.
p/s : IBM Kata, "Hahahaha...kata dulang paku serpih, kata orang awak yang lebih. Rupa-rupanya perangai ADUN-ADUN PR ni lagi teruk. Memang memalukan. Apa depa ingat sidang dewan macam tempat depa lepak dan chit-chat dengan komputer?...puiiii!!..dulu depa ambik gambar Pak Lah dan ketawakan dia. Tapi....depa lagi HAMPEHH. Kepada rakyat Selangor, elok benolah kita tolak depa-depa ni semua di PRU ke-13 nanti. Agaknya, apa le komen si Khalid gagap jika nampak gambar yang sungguh memalukan ini?...entah-entah si gagap tu pun tumpang sekaki. Malu...memang memalukan."
SUMBER : SELANGORDAILY.COM - TERIMA KASIH.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...