Wednesday, March 7, 2012

Pembangkang Naik SASAU Bila TPM Kata Johor Tetap Kubu Kuat BN!!!


PAKATAN Pembangkang semakin benggang apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin kata, Johor tetap menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN). Susah pembangkang nak gugat BN di negeri itu.


Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan penuh yakin menyampaikan mesaj kepada pakatan pembangkang, Johor masih merupakan 'tiang seri' dan kubu kuat Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang. Timbalan Perdana Menteri berkata, keyakinan itu berdasarkan sentimen dan sokongan rakyat negeri ini yang terus bersikap positif terhadap kepimpinan BN.

"Namun, kita tidak boleh ambil mudah perkara ini. Saya mohon pemimpin di semua peringkat sama ada UMNO bahagian dan BN bekerja lebih kuat, kena kerja berganda. "Apa yang penting kita kena beri tumpuan kepada persediaan kita memenangi hati rakyat dan pengundi, perkukuhkan jentera parti dan mendekati rakyat," kata ketika ditanya mengenai hasil mesyuarat tertutup beliau dengan Badan Perhubungan UMNO Johor dan pemimpin BN negeri di Senai dekat sini hari ini.

p/s : IBM Kata, "memang betul apa yang dikatakan oleh Tan Sri Muhyiddin tu. Kita jangan ambil mudah pekara itu. Kemungkinan apa-apa boleh berlaku. Apa yang perlu kita kena kerja kuat, rapatkan barisan dan beri tumpuan sepenuhnya kepada matlamat asal kita untuk memenangi dan membantu rakyat. Itulah matlamat kita. Insyallah."

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...