Tuesday, March 20, 2012

Suspen, Suspen!!! PM Ada Tarikh PRU, Tapi Tak Boleh Dedah....HUHUHU!!!



KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak terus berahsia mengenai bila Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dengan meminta semua pihak termasuk media memahami bahawa beliau perlu menyimpan sesetengah maklumat.
Perdana Menteri berkata, melontarkan pertanyaan mengenai tarikh pilihan raya tidak ubah seperti meminta ketua pegawai eksekutif syarikat Coca Cola untuk mendedahkan ramuan minuman ringan terkenal yang menjadi rahsia sejak sekian lama.
“Saya pasti anda semua memahami kenapa saya tidak boleh memberitahu tarikh itu. Meskipun saya tahu, saya tidak boleh mendedahkan perkara itu,” katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di sini.
p/s : IBM Kata, "Ini yang buat pembangkang pening kepala. Suspen je dibuatnya. Kadang-kadang kelakar juga tengok perangai pembangkang ni. Bermacam-macam andaian depa buat. Biak pi lah depa dengan teka-teki depa. Apapun itu adalah cara PM kita. Bagi kita pro kerajaan, bersiapa sedialah. Ayuh kita turun bertempur bila saja 'somboyan perang' dibunyikan."
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...