Saturday, March 24, 2012

PM Tunai Janji!! 585 Terima Bayaran Khas KEMAS

Sebahagian daripada 585 bekas kakitangan kontrak Kemas negeri Pahang menunjukkan baucar bayaran khas sebanyak RM3,000 pada majlis penyerahan baucar itu di Kompleks Dagangan, Indera Mahkota, Kuantan, kelmarin.

- TERIMA kasih PM..terima kasih PM!!. Itulah agaknya yang terkeluar dari mulut bekas kakitangan kontrak KEMAS. 


Semalam, seramai 585 bekas kakitangan kontrak Kemas di negeri ini menerima bayaran khas sebanyak RM3,000 setiap seorang seperti yang telah dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu pembentangan Bajet 2012. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek berkata, pemberian bayaran khas untuk fasa pertama di negeri ini melibatkan kos sebanyak kira-kira RM1.8 juta.

Pahang merupakan negeri ketujuh menerima bantuan khas itu selepas Kelantan, Sarawak, Terengganu, Johor, Perlis dan Melaka, katanya pada majlis penyampaian bayaran khas itu di Kompleks Dagangan Mahkota di sini baru-baru ini. Tahniah le semua. Janganlah pulak bila dah dapat duit tu, berbelanja sakan pulak. Kalau nak berbelanja pun, berpada-padalah. Simpan separuhnya dalam Bank. Mana le tahu kot-kot ada emergency nanti.

IBM rasa, lepas ini pembangkang akan bersuara. Mereka tuduh PM beri semua ini kerana nak undi. Maklumlah PRU kian hampir. Pemikiran mereka terhadap kerajaan semua negatif. Semua kerajaan buat salah, tak betul dan macam-macam tuduhan lagi. Kepada bekas-bekas kakitangan kontrak KEMAS yang mendapat wang tersebut, bantulah kerajaan BN, belajarlah berterima kasih kepada kerajaan dan akhir sekali, bantulah PM kita supaya beliau kekal menjadi Perdana Menteri kita.

Kerana, berterima kasih kepada seseorang itu adalah satu amalan yang mula disisi agama. Begitu jugalah terhadap kerajaan yang memerintah yang telah banyak berjaya pada rakyat. Berterima kasihlah. - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...