Sunday, March 4, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


O4 MARCH

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PENUBUHAN LEMBAGA KEMAJUAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (MIDA)
Pada  hari  ini  dalam  tahun  1967,  Lembaga  Kemajuan  Perusahaan  Persekutuan  atau  Federal  Industrial  Development  Authority (FIDA)  telah  ditubuhkan  di bawah  Seksyen  2  (3)  Akta  (Penubuhan)  Lembaga  Kemajuan  Perusahaan  Persekutuan  1965.  FIDA  berfungsi  sebagai  sebuah  badan  autonomi  untuk  menggalak  dan  mempercepatkan  pembangunan  perindustrian  di Malaysia. Di antara  peranan  utama  FIDA  ialah  menyelaraskan  rancangan  perusahaan kerajaan  dengan  rancangan  sektor  swasta,  menyelaraskan  kemajuan  perusahaan  di negeri-negeri  dan  menjalankan  kajian  mengenai  galakan-galakan  bagi  perusahaan  eksport.  Pada  tanggal  1  Mac  1979,  nama  FIDA  telah  ditukar  kepada  Lembaga  Kemajuan  Perindustrian  Malaysia atau  Malaysian  Industrial  Development  Authority  (MIDA)  dengan  pewartaan  Akta  FIDA  (Penukaran)  Nama  dan  Pindaan, 1979.  Tugas-tugas  MIDA  adalah  seperti  menilai  permohonan  untuk  mendapatkan  lesen  pengilang  di bawah  Akta  Penyelarasan  Perindustrian  1975  dan  galakan  di bawah  Akta  Penggalakan  Pelaburan  1986  serta  memberi  nasihat  kepada  Menteri  Perdagangan  dan  Perindustrian  mengenai  penggubalan  dasar-dasar  yang  berkaitan  dengan  penggalakan  dan  perindustrian. 

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...