Monday, March 26, 2012

Rekod Pembangkang Tak Sehebat Manapun!!....

MOHD. Shafie Apdal bersalaman dengan penduduk Kampung Jusung Melanta pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Bum Bum, Semporna, semalam

SALAM 2 ALL,


MEMANG betul pun. Sebenarnya tak sehebat manapun parti pembangkang di negara ini dan  langsung tidak mempunyai rekod yang boleh dibanggakan berbanding apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini. Mereka hanya tahu 'berpolitiking' dan suka menabur fitnah. IBM setuju dengan apa yang dikatakan oleh DS Mohd. Shafie Apdal. 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, mereka telah diberi peluang memerintah beberapa buah negeri tetapi malangnya tidak berusaha membawa kemajuan, sebaliknya lebih mementingkan agenda peribadi berbanding keperluan rakyat. Sebaliknya, menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak memegang teraju negara telah melaksanakan pelbagai usaha transformasi untuk membawa negara ke landasan tepat menjadi sebuah negara maju.

Transformasi yang dibuat oleh PM kita telah menampakkan hasilnya dan rakyat telah mendapat menafaat daripadanya. Hanya pembangkang dan pengikut-pengikut tegarnya saja yang tidak mengiktirafkannya. Kerana apa?.....kerana mereka iri hati kepada PM kita yang telah berjaya membuka mata rakyat bahawa BN lah satu-satunya parti yang boleh membela nasib rakyat di negara ini. - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...