SALAM 2 ALL,
PAS mendakwa sebagaimana kita sekalian maklum bahawa partinya adalah sebuah Parti Islam atau dengan kata lain ialah sebagai 'Hizbullah atau Parti Allah'. Yang selain daripadanya semuanya dianggap parti 'Taghut'. Dengan berpegang pada yang sedemekian maka, PAS dengan tidak segan silu meluahkan bahawa sesiapa yang menyokong dan mengundi Parti Allah ini dianggap sebagai suatu 'Jihad' dan ganjarannya adalah mendapat syurga.
Menakala seseorang itu mengumumkan atau mengaku dirinya Islam termasuk Parti Islam mana jua pun, maka tidak dapat tidak orang itu atau parti itu mestilah memikul dan menuruti segala doktrin atau ajaran yang terdapat dalam tubuh Islam. Doktrin atau ajaran yang dimaksudkan itu adalah tidak lain dan tidak bukan Kitabullah dan Sunnah Rasul.
Untuk mengenali samada dakwaan PAS itu tepat dan benar atau sebaliknya, maka marilah kita membuat analisis akan kenyataan dari bekas pemimpin PAS iaitu Prof Madya Mohd Noor Idris bahawa 'PAS sudah lari dari perjuangan asalnya dan semakin hanyut.' Kenyataan beliau seperti di bawah ini :
Kenyataan Prof Madya Mohd Noor Daris supaya Presiden PAS itu, Hj Hadi Awang supaya merujuk kembali kepada al-Quran adalah tepat sekali. Nampaknya, selama ini pemimpin-pemimpin PAS memutar belitkan apa yang dipaparkan didalam al-Quran dan memperbodohkan orang ramai termasuk ahli-ahlinya yang terlalu taksub pada parti PAS.
Oleh yang demekian, maka marilah kita bersama merujuk akan nas-nas yang termaktub dalam al-Quran dan al-Hadis serta sejarah sirah Rasulullah dan para sahabat Baginda s.a.w, bukan berdasarkan perjudis dan ajakan nafsu atau teori politik bikinan manusia seperti apa yang di buat oleh PAS. Dengan jalan sedemekian maka kita tidak akan cepat dan mudah terpengaruh atau terperangkap dalam kebatilan.
Kita biarkan saja PAS dengan kesombongan mereka, mereka semakin hanyut bak kata Prof Madya Mohd Noor Idris. Tuhan masih sayangkan UMNO/BN dan sentiasa bersama-sama kita. Insyallah. - IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA