Wednesday, March 28, 2012

Ubahsuai Pejabat Bertukar Menjadi Ubahsuai Kepimpinan Pakatan Rakyat..


PELIK sungguh permainan politik pembangkang.
Namun tiada apa yang sebenarnya pelik apabila Khalid Ibrahim mempertahankan kelayakan Hasan Ali mengubahsuai pejabatnya yang bernilai RM350 ribu.  Mengikut Khalid lagi, adalah munasabah untuk Hasan Ali berbelanja ke atas pengubahsuaian pejabatnya kerana faktor usang.  Pun begitu, nilai yang dibelanjakan adalah mengikut prosedur kerajaan negeri.
Kenyataan Khalid Ibrahim ini jelas memberi tamparan hebat kepada Azmin Ali, yang cuba untuk menjadikan nilai ubahsuai pejabat Hasan Ali sebagai modal untuk menghentam Hasan Ali.
Mungkin apa yang dibuat oleh Azmin Ali punya dasar dan maksud.  Namun, tiba-tiba Khalid mempertahankan pula.  Kenapa?  Kerana perkara ini seharusnya menjadi rahsia di dalam rahsia pentadbiran kerajaan negeri.  Ia hanya akan mendedahkan keburukan demi keburukan pentadbiran Khalid Ibrhim.  Dan Khalid, tidak mahu Azmin menjadikannya isu kerana ia ibarat mencurah garam di luka.  Khalid sememangnya maklum, cita-cita Azmin terhadap Selangor Darul Ehsan.
Peduli apa Azmin, malah, dia berada di dalam keberuntungan.  ”Kills two birds with one stone”, itulah peribahasa yang terbaik bagi menterjemahkan strategi Azmin.  Dengan satu isu, Azmin cuba memburuk-burukkan Hasan Ali, dan secara tidak langsung, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang menjadi nakhoda Selangor Darul Ehsan yang sedang terhoyong hayang akibat anak kapalnya ibarat tikus membaiki labu.
Harapkan pagar, pagar makan padi, itulah jua nasib yang menimpa Khalid.  Pada saat Azmin mencetuskan isu harga pengubahsuaian pejabat Hasan Ali, ia tidak didiamkan begitu sahaja.  Bagai satu konspirasi, muncul pula Xavier Jayakumar, Exco Kesihatan yang tertidur di sidang DUN, merangkap suami kepada seorang guru di Sekolah Tengku Ampuan Jemaah, mendedahkan “hanya” RM100 ribu dibelanjakan untuk tujuan pengubahsuaian pejabatnya.
Akhirnya, Khalid Ibrahim terpaksa menangggung segalanya.  2 pendedahan tersebut telah menyebabkan timbul persoalan di hati rakyat jelata, berapa pula yang Khalid Ibrahim belanjakan untuk pengubahsuaian pejabatnya.  Itu belum diambil kira dari barisan wakil rakyat Pakatan yang lain, yang juga disebut di blog-blog sebagai penyamun-penyamun tarbus.
Pastinya, pejabat yang menempatkan Penasihat Ekonomi Selangor menjadi titik persoalan penting dalam isu ini.
Jelas, Khalid tidak mampu meleraikan gelombang pembunuh di dalam diam yang sudah lama berlegar, menanti saat PRU 13 untuk mengganggu gugat kelestarian kepimpinan Pakatan Selangor, sekaligus memahkotakan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Khalid, sekiranya Pakatan terus menguasai Selangor pada PRU 13 nanti.
Sama-sama kita saksikan, apakah ada lagi pendedahan serupa sedikit masa lagi.
p/s : IBM Kata, "elok beno perkara ini dibongkar dikalangan mereka sendiri. Ini menunjukkan betapa borosnya kerajaan Selangor dibawah pentadbiran PR membelanjakan duit rakyat semata-mata nak cantikkan pejabat mereka. Pejabat nak cantik, tapi, khidmat pada rakayt?..kosong, zero. Khalid gagap memang tak layak langsung jadi MB. Selagi PR memerintah negeri Selangor ni, semakin menderita rakyat dibuatnya. Maka, elok benolah di terajang PR ni dari Selangor, kalau boleh A.S.A.P."

SUMBER BERITA : SELANGORDAILY.COM ~ TERIMA KASIH.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...