Tuesday, March 6, 2012

Perlekeh Permohonan Maaf PM Bukti Betapa Rendahnya Akhlak Pembangkang!!!

SALAM 2 ALL,
SEBENTAR tadi, IBM singgah melawat di UMNO-online. IBM tertarik dengan sebuah tulisan  seorang penulis dari Johor, dah tentu dia orang Umno kot. Mai kita baca tulisanya :

Saudara Pengarang,

Tindakan Perdana Menteri memohon maaf atas kesilapan lalu hingga menyebabkan kerajaan BN ditolak rakyat di beberapa negeri menunjukkan betapa rendah hati jiwa seorang pemimpin negara. Permohonan maaf itu tidak sedikit pun mencalar maruah apatah menjatuhkan darjat beliau sebaliknya ini adalah tindakan terpuji seorang pemimpin yang ikhlas dan telus.
Pembangkang tidak wajar mempolitikkan isu tersebut kerana PM ikhlas terhadap kata-katanya. Sekurang-kurangnya beliau akui kesilapan BN sebelum ini, sedangkan pembangkang tidak usah tuding jari kepada kerajaan BN atas kegagalan mereka mentadbir kerajaan negeri.
Lihatlah segenap negeri yang ditadbir kerajaan pembangkang, banyak cacat celanya dituding kepada kerajaan BN. Walaupun ianya tiada kaitan dengan BN. Mereka bukan sahaja enggan mengaku salah malah gemar jadikan BN subjek kegagalan mereka.
Hentikanlah tabiat buruk itu,  kerana banyak amanat dan janji kepada rakyat belum disempurnakan sehingga hari ini contohnya  isu Kampung Buah Pala, Rumah Rakyat, kebajikan rakyat dan sebagainya. Pembangkang perlu buktikkan kepada rakyat bahawa manifesto yang didukung selama ini bukan dusta semata-mata, sebaliknya janji yang perlu dilaksana.
Tindakan pembangkang memperlehkan permohonan maaf PM sebenarnya membuktikan betapa pembangkang adalah pemimpin yang ego, sombong dan tidak berpijak di bumi nyata.  Rakyat sedang menilai tingkah laku pembangkang dan sikap mengejek permohonanan maaf PM itu sebenarnya telah membuat rakyat terutama pengundi berfikir betapa rendahnya moral akhlak dan jiwa pemimpin pembangkang.
Samad Abas, Johor Bharu
p/s : IBM Kata, "walaupun pendek tulisannya, tapi berisi. IBM pun setuju. Memang itulah sifat pembangkang, langsung tidak menghormati orang. Apa yang mereka buat semuanya betul

2 comments:

  1. Jangan maafkan orang yang mintak maaf.Maafkan orang yang membontot macam homo cun ni dan sayangku.

    ReplyDelete
  2. pukimaq,

    Kalau dimaafkan org yg membontot, lagi menjadi2 le dia. Habis semua org dibontotnya, apatah lagi jika dia jadi PM....habis le kita...hehehehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...