JELI - 2 March Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pas sanggup melakukan apa sahaja termasuk 'berkhalwat' dengan DAP dan membuang tokoh yang berjuang mempertahankan akidah umat Islam semata-mata untuk mendapatkan kuasa.
Kata beliau, Pas tidak mempunyai hala tuju dan dasar perjuangannya semata-mata untuk memancing undi. Perdana Menteri berkata, ia amat berbeza dengan UMNO yang konsisten memperjuangkan dan mempertahankan Islam di negara ini sejak dahulu sehingga hari ini.
p/s : IBM kata, "kalau itupun rakyat Kelantan masih tak sedar, tak tahu apa nak cakap lagi. Dah berbuih pemimpin-pemimpin UMNO bercakap, balik-balik depa ikut cakap Tok Guru yang dah nyanyuk tu. PM pun dah turun padang, apa lagi. IBM hairan, rakyat Kelantan tak nak pembangunan ke?....jawab sendiri le wahai rakyat Kelate.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA