Saturday, March 17, 2012

Penulis Blog Disaran Terap Rasa Cinta Kepada Negara

Dr. Rais Yatim menyampaikan trofi dan sijil penghargaan kepada pemenang kategori Blog Gaya Hidup Terbaik Sepanjang Tahun, Safial Eqbal Zakaria pada Majlis Anugerah Media Sosial di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, malam tadi. Turut kelihatan Pengerusi Anugerah Media Sosial, Shahrul Hamid (kiri) dan Ketua Pengarah Penerangan, Ibrahim Abdul Rahman (kanan).


NASIHAT yang amat-amat berguna kepada pengamal media baharu termasuk penulis blog. Saranan menerapkan rasa cinta kepada negara serta sistem demokrasi yang menjadi amalan di negara ini oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, golongan itu harus bijak memilih sama ada mahu menjadi seorang penulis blog biasa atau seorang aktivis sosial merupakan satu saranan yang harus disemat didalam hati oleh setiap penulis blog.

Katanya, seorang blogger biasa mempunyai niat untuk menyakiti perasaan orang lain manakala seorang aktivis sosial pula menulis untuk membina sebuah dunia yang lebih baik. Bagi IBM itu sudah menjadi perkara biasa kerana bukan semua penulis blog di era moden itu menyebelahi kerajaan. Blog pro pembangkanglah yang selalu menyetuskan hura-hara dan menulis perkara yang tak betul.

Bagi kami penulis blog kerajaan sentiasa menulis dengan cara yang berhemah, mengikut peraturan dan menulis cerita yang ada fakta dan bukti-bukti kukuh sebelum kami paparkan di dalam blog kami. Apabila kami di serang, kami tidak bertindak balas serta merta. Kami diam seketika, diam bukan kerana kalah, tapi kami sedang mengumpul maklumat untuk membuat serang balas sehingga pro pembangkang tercengang-cengang dan malu. Biasalah penulis blog pro pembangkang ni. Mereka mana tahu malu dan fitnah tu dah menjadi sarapan mereka.

Kepada DS Dr. Rais Yatim, jangan risau. Kami penullis blog pro kerajaan sentiasa menerapkan rasa cinta kepada negara dan kami tidak sesekali mengkhinati negera seperti ada seko ketua pembangkang tu yang terang-terang mengkhianati negara, tidak bermoral dan banyak lagi lah...tiba-tiba nak menjadi Perdana Menteri. Podahhhh!!. IBM doakan bila terlingkupnya Pakatan Rakyat, maka terlingkup dan tutup kedailah penulis-penulis blog pro pembangkang. Hancur!!. - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...