MEMANG Itulah yang mereka tunggu. Khalid gagap and the gang akan mengikis duit rakyat negeri Selangor. Cuba kita tengok betui-betui wajah si Khalid gagap ni. Ada tokoh seorang pemimpin ke?..Cuba..cuba tengok sekali lagi. Bagi pandangan mata IBM, sikit tak tumpah macam 'kepala perompak'. Oleh sebab itu, didalam kepala otak si gagap ni, biar dikikis habis duit di Selangor ni, dan perut masing-masing dah buncit, barulah DUN dibubarkan. Lepas tu, kalah ke menang ke, belakang kira. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya tetap akan menunggu selama enam bulan sehingga iaitu Jun ini untuk melaksanakan dasar dan program pentadbirannya.
Semalam, berita mengatakan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) jika Barisan Nasional (BN) memutuskan pembubaran Parlimen sebelum Jun ini bukanlah satu kejutan, malah telah dijangka pun. Khalid berkata, sehingga kini beliau tidak mengetahui tarikh sebenar Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) peringkat Parlimen dan oleh yang demikian, Kerajaan Negeri akan tetap dengan keputusan tersebut tidak akan membubarkan Dun sebelum Jun ini.
Menurutnya, tempoh enam bulan adalah relevan untuk memastikan Geran Selangorku, berjumlah RM1.6 bilion, dapat disalurkan sepenuhnya kepada rakyat negerinya. "Saya telah buat kenyataan sebelum ini tetapi kita akan bincang lagi kerana Geran Selangorku perlu mengambil masa untuk disalurkan. Jika PRU-13 belaku pada Mac atau April ia terlalu awal. "Sekurang-kurangnya enam bulan atau lebih agar wang tersebut dapat disalurkan kepada rakyat," kata beliau pada sidang media selepas upacara pembukaan persidangan penggal kelima Dun, semalam. Hehehe..seram sejuk IBM dibuatnya bila si Khalid gagap bercakap tentang wang Geran Selangorku. Betul ke nak disalurkan kepada rakyat?..atau perabehkah duit tu, lepas tu salahkan BN/UMNO.
Sebenarnya si Khalid gagap ni cakap tak serupa bikin. Memang dasar perompak tu begitulah rupanya. Mula-mula, pada 17 November lalu, Khalid ada mengumumkan pihaknya hanya akan mengambil bahagian dalam PRU-13, sekiranya diadakan selepas enam bulan pertama tahun ini. Beliau berkata demekian ketika mengulas samada Sidang DUN yang bersidang hari ini (semalam) akan dibubarkan sekirannya berlaku pembuburan Parlimen dalam waktu terdekat. Menurutnya, penetapan tempoh enam bulan juga bukan bermaksud kerajaan Negeri tidak yakin unutk bertanding dalam PRU-13, kerana keputusan siapa menang adalah piliohan rakyat. Kalau macam tu, tunggu apa lagi Khalid...ikut je le. jangan cakap banyak nanti tergagap-gagap terus.
Itu, Khalid sendiri yang cakap. Jangan salahkan pihak media atau penulis blog yang reka cerita. Kesimpulannya, andai kata PRU di buat selepas bulan JUN, bermakna tempuh DUN Selangor dan masak. Adakah Khalid akan membubarkan DUN Selangor untuk mengadakan PRU ke-13 bersama-sama dengan negeri-negeri yang lain.?..Jika tidak, apakah alasan yang kukuh untuk si Khalid gagap nak bagi?. Ini semua kerana takut dihukum oleh rakyat, duit dan banyak lagi yang kerajaan PR telah lakukan kepada rakyat negeri Selangor.
Apapun bersedialah wahai Khalid. Kau agih-agihkan duit Geran Selangorku kepada rakyat dengan adil dan saksama. Kerana ramai yang bertanya kenapa bila saat-sat nak PRU baru cerita tentang Geran Selangorku ini timbul, dan bilakah ianya akan disalurkan. Kalau ianya diberi semasa dalam suasana kempen PRU, maka ini jelas menunjukkan kerajaan PR lebih menjurus kepada 'amalan rasuah'. Rasuah politik. - IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA