Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali Datuk akan menyaman Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad kerana memfitnahnya.

"Yang Berhormat Ahli Parlimen Pokok Sena (Mahfuz) minggu lalu kata saya terima RM30 juta dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS), minggu ini saya akan saman dia. Bila Ahli Parlimen Shah Alam (Khalid) katakan saya dibiaya syarikat besar dan dia sudah namakan pun syarikat ini, saya akan saman dia juga minggu ini," katanya ketika ceramah Bicara Semasa: Bersatulah Umat Selamatkan Akidah, di Dewan Jubli Intan, di sini.
Ceramah berkenaan dihadiri oleh lebih 1,000 penduduk dari kawasan sekitar daerah ini.

Sementara itu, Khalid pula mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja kepada Hasan dan juga Jati. - Bernama
p/s : IBM Kata,"saman jangan tak saman. Kalau tidak melampau betui puak-puak PR ni. Tak habis-habis nak menfitnah orang. Sekarang ni, wahai Mahfuz dan Khalid, korang siap le duit banyak-banyak. Padan muka korang.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA