Saturday, March 3, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


03 MARCH

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

DEWAN RAKYAT MELULUSKAN RANG UNDANG-UNDANG BAHASA KEBANGSAAN 1967

Pada hari ini dalam tahun 1967, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dengan 95 undi menyokong dan 11 undi menentang. Tujuan Rang Undang-Undang ini digubal adalah bagi melaksanakan ketetapan di dalam  Bab 152 Perlembagaan Persekutuan, iaitu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi yang tunggal. Rang Undang-Undang ini digubal setelah genap tempoh 10 tahun penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi sebagaimana yang termaktub di dalam Fasal (2) Perlembagaan Persekutuan.  Rang Undang-Undang Bahasa ini menetapkan bahawa mulai 1 September 1967 hanya bahasa kebangsaan yang boleh digunakan dalam urusan rasmi. Namun, demi kepentingan awam, bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan, iaitu melalui penggunaan terjemahan daripada bahasa-bahasa tersebut. Ahli-ahli Dewan Rakyat yang tidak fasih berbahasa Melayu juga dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris. Begitu juga dengan perbicaraan yang dijalankan di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi atau mana-mana Mahkamah Rendah boleh dijalankan sama ada dalam bahasa kebangsaan, bahasa Inggeris atau sebahagian dalam bahasa kebangsaan dan sebahagian lagi dalam bahasa Inggeris.  Sesungguhnya, kelulusan Rang Undang-Undang Bahasa ini telah memantapkan lagi perpaduan masyarakat demi kepentingan negara yang baru merdeka ini.

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...