Monday, March 5, 2012

PRU Ke-13 : Pertengahan Tahun Ini??


SALAM 2 ALL,

KUALA LUMPUR Mac - Kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-13 akan diadakan pada pertengahan tahun ini adalah tidak mustahil dengan kelebihan yang kini jelas memihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, menurut Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan, terdapat beberapa perkara yang terlebih dahulu perlu diberi perhatian oleh kerajaan BN sebelum pilihan raya umum diadakan.

"Dua perkara utama yang saya lihat perlu diselesaikan adalah penyelarasan tangga gaji baru kepada penjawat awam dan satu perkara lagi adalah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di papan utama Bursa Malaysia.

"Kalau dua isu itu dapat diselesaikan, bagi saya tiada lagi isu yang meruncing dan memang kemungkinan pilihan raya akan diadakan pada bulan Jun ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.


p/s : IBM kata, "pembangkang tengah mengelabah ni. Mereka tak dapat membuat persiapan yang rapi, kerana segala tekaan dan andaian mereka ternyata meleset. PM kita bijak membuat mengtur strategi. Apapun kita semua jentera-jentera BN di seluruh negara sudah bersiap sedia. Bila-bila masa akan turun untuk bertempur. Hidup BN!!."

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...