Saturday, March 10, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


10 MARCH

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PEMBUKAAN RASMI BANGUNAN MARA

PADA hari ini dalam tahun 1967, bangunan MARA telah dirasmikan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak bin Hussein, Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar Malaysia. Bangunan ini merupakan pusat induk pengurusan dan pentadbiran MARA dan terletak di tengah-tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur. Bangunan setinggi lapan tingkat ini telah menelan kos pembinaan sebanyak RM3.5 juta. Tingkat satu hingga tingkat tiga telah menyediakan 30 buah ruang kedai. Manakala di tingkat empat hingga tingkat lapan berfungsi sebagai jentera pentadbiran. Pada tahun 2005, bangunan ini telah digantikan dengan bangunan baru setinggi 26 tingkat yang menjadi simbol kelangsungan agenda perjuangan Bumiputera. Ia terletak di antara Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abd Rahman. Sesungguhnya, pembukaan bangunan MARA ini telah menjadi mercu tanda kemegahan dan simbol perjuangan bangsa Melayu serta membolehkan kaum Bumiputera berdiri di atas kakinya sendiri.

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...