"Jangan jadi seperti 'gunting dalam lipatan' yang akhirnya akan merosakkan parti," itu kata nasihat yang perlu kita ambil serius dan jangan diambil ringan. IBM setuju sangat dengan nasihat tersebut, kerana ianya datang dari mulut bekas pemimpin Umno yang telah lama bersama Umno dan politik tanah air. Memang banyak pengalaman dan telah berjasa pada parti dan juga negara.

Kataanya, jangan buat banyak kerenah dan khianat dalam parti. Kalau buat perangai buruk, kita tidak akan berjaya. Apa yang penting, kita mesti bersatu. Bagi beliau, BN masih relevan dan mampu mengembalikan kepercayaan rakyat walaupun ada banyak rintangan. Tetapi rakyat kini sudah faham. Namun apa yang dikesali, terlalu banyak yang mahu menjadi pengacau. Kepada pemimpin-pemimpin UMNO diluar sana tu, dengarlah nasihat dari seorang veteran UMNO yang terlalu cinta dan sayangkan parti.
Cukuplah segala pengalaman pahit yang kita lalui didalam pilihan raya (PRU) ke-12 dulu. Kini dah tiba masanya kita rampas kembali negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang dan kita kembalikkan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN). Insyallah. Sekian. - IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA