Wednesday, March 21, 2012

Cukai 6% Talian Prabayar Belum Lagi Diluluskan. Kenapa Pembangkang Nak Sibuk??

Cadangan cukai perkhidmatan enam peratus dikenakan kepada pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar masih belum diputuskan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, kementerian tidak pernah memberi arahan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengeluarkan memo kepada pembekal perkhidmatan selular untuk melaksanakan cukai perkhidmatan terbabit.

"Penetapan bahawa caj cukai perkhidmatan ini memang ditangguhkan seperti diumumkan tahun lalu. "Kementerian tidak tahu mengapa laporan itu menyebut demekian... yang sebenarnya memang tidak ada arahan dan tidak ada keputusan," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang).

Saifudin dalam soalannya meminta pengesahan kementerian berhubung laporan media mengenai nota Hong Leong Investment Bank Research (HLIB Research) yang menyebut SKMM mengeluarkan memo kepada semua syarikat telekomunikasi supaya bersedia secara teknikal terhadap pelaksanaan cukai perkhidmatan itu.

p/s : IBM Kata, "Memang itulah kerja pembangkang. Perkara yang belum soheh depa perbesarkan. Kementerian dah jawap, apa lagi yang pembangkang tak puas hati? Kalau nak jadi popular pun carilah isu yang betul-betul hangat untuk diperbahaskan di dewan rakyat."

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...