Kira-kira 2 bulan telah berlalu, siri roadshow Hasan Ali ke serata tempat, tidak dapat dinafikan, telah membawa aura baru kepada senario politik negara.
Sungguhpun ianya berlandaskan NGO, namun pengkhususannya adalah politik, yang berdasarkan perjuangan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu, sesuatu yang UMNO telah lama perjuangkan, waima terdapat beberapa hujah akan kegagalan UMNO dalam melestarikan asas perjuangannya.
Sambutan yang diterimanya sungguh menggalakkan, dengan ribuan, malah di sesetengah kawasan, mencecah belasan ribu hadirin yang hadir mendengar ceramahnya. Ia merupakan suatu fenomena terbaru. Pastinya, ia tidak disenangi oleh pimpinan PAS, yang pada hari ini terkeliru dengan asas perjuangannya sendiri.
JATI atau Jalur Tiga, yang membawa maksud 3 perkara utama iaitu Islam, Melayu dan Raja. Itulah badan bukan kerajaan, yang menjadi platform untuk Hasan Ali mengembara ke seantero pelusuk semenanjung dalam misinya menumbangkan parasit yang didakwanya menguasai segenap ruang di dalam kepimpinan PAS.
Itu bukanlah suatu yang misteri kepada orang kebanyakan, yang melihat jelas bagaimana Anwar mematrikan ancaman kepada PAS melalui proksi-proksinya. PAS diatur secara senyap, tanpa sedar. dari dalam. Amaran dari orang kebanyakan tidak dipedulikan, sehinggalah pemecatan Hasan Ali memecahkan ketawaddukkan PAS. Sungguhpun DAP dikhabarkan sebagai ancaman utama, Anwar adalah pemain utama dalam polemik ini. Dan melalui proksi itu tadi, PAS telah dikuasai oleh golongan ini, yang kemudiannya digelar oleh Hasan Ali, sebagai parasit.
Dalam sambutan hangat yang diterimanya, terdapat juga kerisauan terutamanya oleh masyarakat Melayu, yang tidak mahu wujudnya satu lagi parti, yang akan melenyapkan dominan orang Melayu dalam penterjemahan undi Melayu. Dan seandainya terus berpecah, maka semua akan tahu akibat malapetaka yang akan berlaku. Kerisauan ini berteraskan pendapat bahawa Hasan Ali adalah orang politik, yang menjadi mangsa politik. Tentunya, beliau ada agenda tersembunyi, yang menuntut untuk kembali ke arena politik, bagi melunaskan cita-citanya untuk menghapuskan apa yang didakwanya sebagai Parasit.
Persoalannya, apakah Hasan Ali akan membenarkan kerisauan kaum Bani Jawi ini, yang berfirasat bahawa Hasan Ali berkemungkinan akan menubuhkan satu lagi parti politik?
Atau, apakah Hasan Ali akan bertanding atas tiket bebas, tetapi mesra kepada BN, atau langsung menggunakan lambang BN sebagai “baju pilihanrayanya”?
Hari ini, orang Melayu tidak lagi mampu untuk berpecah belah. Cukuplah rakyat menderita batinnya atas apa yang telah dicetuskan oleh PAS kepada UMNO. Semoga Hasan Ali melihat rintihan akar umbi Melayu, yang mahu melihat kembalinya kesatuan, bersatu hatinya majoriti kaum terbesar dan pemilik mutlak bumi bertuah ini.
p/s : IBM Kata. "Pas semakin risau. Pas mula merasa bahang yang teramat apabila setiap ceramahnya mendapat sambutan yang amat-amat menggalakan. Ramai berpendapat bahawa Pas akan menuju kehancuran dik kerana perjuangan mereka yang telah tersasar jauh dari landasan sebenarnya dan Pas terlalu tunduk bak pak turut dengan DAP dan PKR. Maka kini, sedikit dmi sedikit, ahli-ahli Pas sudah tahu dan mula sedar bahawa selama ini mereka tertipu dengan kepura-puraan pemimpin atasan Pas yang kononya memperjuangkan Islam, tapi sebaliknya. IBM ucapkan setinggi tahniah kepada Datuk Dr Hassan Ali, dan teruskan Datuk....insyallah, Allah swt bersama dengan mu dan perjuangan mu."
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA