Saturday, March 24, 2012

SIDANG DUN SELANGOR : DAP Guna Gangster Untuk Kuasi PBT...


Kaitan antara DAP dan kuasa bawah tanah cina bukanlah asing. Dan semenjak berkuasa di Selangor, hubungkait itu semakin jelas dengan campurtangan gangster dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri.
Hampir semua industri, akan ada tangan-tangan ghaib bawah tanah yang bertindak mencatur pengurusan negeri.
Mungkin ramai yang belum terlupa, bagaimana Ronnie Liu menghalang tindakan PBT yang cuba membuat serbuan ke atas sebuah hotel bajet yang cukup dikenali sebagai sarang maksiat di kawasan Puchong. Bahkan, hotel berkenaan pernah ditutup gara-gara terlibat dengan industri maksiat.  Difahamkan, hotel berkenaan berkait rapat dengan dunia bawah tanah orang cina.
Itu adalah titik awal, di mana rakyat melihat kuasa bawah tanah ini muncul sebagai pencatur dalam segala urusan yang melibatkan industri hiburan, atau lebih tepat industri maksiat.  Penyertaan mereka bukan terhad kepada sesuatu industri, malah hampir di semua perniagaan yang melibatkan PBT akan dikuasai oleh mereka.  Industri pasir juga tidak ketinggalan, dengan ancaman-ancaman kepada pihak berkuasa.  Kematian Patrick Wong, seperti dakwaan RPK, tidak mustahil juga didalangi oleh kumpulan gangster yang malar segar bersama wakil-wakil rakyat kerajaan negeri.
Sidang DUN menyaksikan YB Sg Pelek, yang melontarkan persoalan berkenaan kecekapan dan keberkesanan PBT.  Antaranya ialah kekecohan perlantikan ahli majlis.  Kekecohan ini berhubungkait dengan camputangan politik oleh DAP, sehinggakan membawa kepada demonstrasi di MPKj.  Dipercayai, kekecohan ini berlaku akibat rasa tidak puas hati rakyat apabila mengetahui perlantikan ahli majlis itu dianugerahkan kepada kaki pukul, dan samseng (gangster).  Ini membuktikan bahawa kuasa bawah tanah cuba “dihalalkan” bagi tujuan memudahkan urusan, dan juga pantauan.
Kerakusan Pakatan melantik ahli majlis PBT sehingga membawa kepada perkara-perkara di atas menyerlahkan betapa kuatnya pengaruh kumpulan bawah tanah itu.  Hatta bermasalah sekalipun, nama mereka tetap ada dalam senarai ahli majlis.  Ia menunjukkan hubungan “seseorang” yang berkuasa dalam portfolio berkenaan dengan kumpulan bawah tanah ini.
Ugutan demi ugutan yang diterima oleh ramai penjawat awam negeri Selangor berkenaan dengan penyelewengan kerajaan negeri sudah menjadi satu kebiasaan.  Pun begitu, ketakutan tetap ada, berikutan nyawa sebagai galang gantinya.
Kemunculan kuasa bawah tanah ini mengingatkan bagaimana terjadinya peristiwa berdarah 13 Mei, apabila DAP mencetus sentimen perkauman, dan disambut oleh kumpulan bawah tanah ini bagi mencapai cita-cita mereka menguasai sebuah negara bertuah yang bernama Malaysia.
Selangor sekali lagi menjadi tuan rumah kepada kerakusan kuasa bawah tanah itu.
p/s : IBM Kata, "Selagi DAP n the gangs berkuasa di negeri Selangor ini, selagi itulah rakyat akan merana. Memang tidak dinafikan, mereka seolah-olah berlagak macam gangster dan mereka menguasi semua PBT di Selangor. PBT terpaksa tunduk dan ikut arahan DAP. Apa lagi tunggu wahai rakyat Selangor semua. Tak nak tukar dan kembali kepada BN ke?...fikir-fikirlah demi masa depan anak-anak kita semua."
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

3 comments:

  1. Kuasa Ketiga Akan Tawan Putrajaya - Tawaran Hebat Untuk Generasi Muda Dan Generasi Baru
    1~http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=33042
    2~http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65608
    3~http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28173.html


    Transformasi Palsu - Generasi Muda Terengganu Generasi Terbodoh Sepanjang Zaman( Sumpah Aku Takkan Undi BN Walaupun Aku Ahli UMNO )
    (Bukti kukuh)
    1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
    2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
    3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
    4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155



    Mahasiswa2 Malaysia Bodoh2 Dan Tolol2 ( Kejam Dan Teraniaya ).. Bodohnya Aku Kalau Aku Terus Berjuang Untuk UMNO
    1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=31913&postdays=0&postorder=asc&start=0
    2 ~ http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65445
    3 ~ http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=639811
    4 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22139#486542
    5 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28011.html
    6 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3151
    7 ~ http://www.ehoza.com/v4/forum/forumdisplay.php?270-Isu-Semasa-2011&s=63a289413c17d2b7384748ad617318aa

    ReplyDelete
  2. Haha :> Benarkah itu?? Hehe :)Tapi tidak hairan kalau DAP buat macam itu. Kan mereka ini kaya-kaya.

    bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Salam SOSB :

    Mereka kaya setelah merompak duit rakyat. DAP dan rakan kongsinya, PKR dan Pas wajib ditolak di PRU ke-13 nanti...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...