Tuesday, March 27, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


27 MARCH

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

MENTERI PERTANIAN DAN SYARIKAT KERJASAMA MERASMIKAN PELANCARAN MOTORBOT PERONDA JABATAN PERIKANAN NEGERI TERENGGANU

Pada hari ini dalam tahun 1969, Menteri Pertanian Dan Syarikat Kerjasama, Tuan Haji Mohd Ghazali bin Jawi telah merasmikan pelancaran 2 buah motorbot peronda Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, di Kuala Terengganu. Motorbot peronda tersebut yang berharga $ 226,000 telah dibina oleh Limbungan MARA, Kuala Terengganu akan digunakan untuk membuat rondaan di kawasan perairan di Negeri Terengganu. Semasa berucap di perasmian tersebut Tuan Haji Mohd. Ghazali Jawi berkata bahawa dengan penyampaian tauliah kepada 2 buah motorbot peronda tersebut, maka Bahagian Perikanan telah berjaya menyiapkan tiga buah Motorbot Peronda Kelas PA, panjang 45 kaki dan 3 buah lagi Motorbot Peronda yang sampai dijangka siap pada akhir tahun ini ataupun di awal tahun 1970. Dengan pertambahan motorbot peronda, maka ketenteraman dan keselamatan nelayan-nelayan kita boleh diselenggarakan di samping dapat mewujudkan suasana harmoni dan kepercayaan penuh di kalangan nelayan-nelayan kita dalam meneruskan usaha-usaha penangkapan ikan dengan yang demikian dapat menambahkan lagi hasil pengeluaran ikan negara.

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA  
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...