Wednesday, March 7, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


07 MARCH

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PELANCARAN SELANGOR HOMEPAGE
Pada  hari  ini  dalam  tahun  1996,   YAB  Tan  Sri  Muhammad  Mohd  Taib,  Menteri  Besar  Selangor  telah  melancarkan  Homepage  serta  Selangor  Networking  (Selnet)  bertempat  di  Bangunan  Sultan  Abdul  Aziz  Shah,  Shah  Alam,  Selangor.  Selangor  Homepage  dilancarkan  bertujuan  untuk  menyebarkan  pelbagai  maklumat  mengenai  negeri  Selangor  kepada  masyarakat  tempatan  dan  antarabangsa,  manakala  Selnet  pula  bagi  membantu  agensi  kerajaaan  mendapat  talian  cepat  ke  internet.  Dalam  ucapannya  Menteri  Besar  menyatakan  bahawa  bagi  peringkat  pertama  kerajaan  negeri  telah  membelanjakan  RM 150,000  untuk  mewujudkan  Selangor  Homepage  dan  ia  akan  diperluaskan  secara  berperingkat-peringkat.  Beliau  juga  meminta  agar  agensi  kerajaan  negeri  mewujud  serta  menyelenggara  homepage  mereka  sendiri  yang  disambungkan  ke  Selangor  Homepage  bagi  memastikan  maklumat  dikemaskini  dengan  lebih  cepat.  Selangor  Homepage  menawarkan  perkhidmatan  maklumat  kerajaan  seperti  pelaburan,  pelancongan,  perkhidmatan,  infrastruktur  dan  peristiwa. Ia  direka  bentuk  berpandukan  skop  dan  format  teknologi  maklumat  serta  komunikasi  moden  yang  disatukan  dan  di  masukkan  ke  Selangor  Homepage  di  Pusat  Komputer  Selangor. 

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA - IBM  
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...