LONDON - Penyerang Liverpool, Andy Carroll dijangka akan diselubungi perasaan gementar apabila kembali ke Newcastle United untuk menghadapi aksi Liga Perdana England, Ahad ini.
Bekas pemain skuad The Magpies itu akan kembali ke Stadium St. James Park sejak berpindah ke Liverpool dengan yuran perpindahan sebanyak £35 juta (RM 170.80 juta) pada Januari 2011.
Carroll pernah berdepan dengan bekas kelabnya itu sebanyak dua kali tetapi dia gagal menjaringkan gol.
Penyerang antarabangsa England itu berasakan sesuatu akan berlaku kepada dirinya sekiranya beraksi di Tyneside.
"Selalunya saya sukar berasa gementar tetapi pada pertembungan kali ini ia agak berbeza sedikit.
"Semua ahli keluarga serta rakan saya akan berada di sana dan mereka merupakan satu keluarga yang besar dalam bola sepak. Saya tidak pasti siapa yang akan mereka sokong nanti," kata Carroll.
Carroll tidak menjangkakan akan ada sambutan yang hangat tetapi masih mengakui bahawa dia tetap peminat kelab lamanya itu.
Untuk rekod, Carroll menjaringkan 33 gol dalam 91 perlawanan ketika bersama skuad utama Newcastle dari tahun 2006 hingga 2011.
"Ia sangat bagus dapat menyaksikan Newcastle beraksi dengan baik. Saya masih menyokong mereka dan berasa sangat bertuah kerana dapat bersama mereka sebelum ini," katanya.
Carroll terpaksa bekerja keras sebelum ini untuk menjaringkan gol sejak berpindah ke Merseyside.
Jaringan terakhirnya bersama Liverpool adalah ketika membantu skuad itu menjuarai Piala FA menewaskan Brighton pada 19 Februari lalu. - Agensi
p/s : IBM Kata, "IBM rasa lebih baik Carroll kembali bermain untuk Newcastle. Tak ada maknanya dia tinggal lebih lama di Anfield. Lagi cara permainannya tidak kena dengan cara pemain2 lain di dalam skuad The Reds. Kepada King Kenny, lepaskan saja dia ni."
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA