Monday, March 12, 2012

Kak Ijat Berundur Demi Kepentingan UMNO/BN!!

SALAM 2 ALL,
RATA-RATA pemimpin-pemimpin UMNO dan juga NGEO menyambut baik diatas kejujuran dan   keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada bulan depan merupakan keputusan yang baik demi kepentingan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Antaranya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, tindakkan Shahrizat melepaskan jawatannya dilihat sebagai sesuatu yang patut dicontohi walaupun kes melibatkan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp). masih disiasat.

"Tindakan tersebut sepatutnya dicontohi khususnya pemimpin pakatan pembangkang walaupun secara terbuka keburukan mereka diketahui rakyat. "Saya rasa beliau mengutamakan kepentingan parti daripada diri sendiri kerana keikhlasannya memperjuangkan nasib rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

p/s : IBM Kata,"sedih juga bila mendengar keputusan yang di buat oleh Kak Ijat. Demi parti, beliau korbankan jawatannya. IBM pun tak nak komen panjang-panjang. Apapun jasa mu tetap dikenang dan teruskan perjuangan mu Kak Ijat. Wanita Umno sentiasa dibelakang mu.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...