Sunday, March 18, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

GAMBAR HIASAN

18 MARCH

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PERTANDINGAN MEMBACA AL-QURAN PERTAMA DIADAKAN DI TANAH MELAYU
Pada  hari  ini  dalam tahun 1960, satu Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Kebangsaan  telah  diadakan.  Pertandingan  selama empat  hari  ini  yang  diwakili oleh  sebelas  buah  negeri  dalam  Persekutuan  Tanah  Melayu  adalah  atas  inisiatif  Perdana  Menteri, YTM Tunku  Abdul  Rahman  yang  bertujuan  untuk meningkatkan syiar Islam dan pembangunan  rohani  umat  Islam.  Pertandingan  ini diadakan  pada  bulan Ramadhan  dan  menjadi  acara  tahunan.  Pada  awalnya,  pertandingan  membaca  al-Quran  menjadi  amalan  tradisi di beberapa  negeri  di Persekutuan  Tanah  Melayu. Pada  5  September  1947,  PEKEMBAR  telah   menganjurkan   pertandingan   ini   di peringkat   negeri  Johor,  manakala  Tunku Abdul  Rahman  pernah  mengadakan  pertandingan  tersebut  di negeri  Kedah  pada tahun 1951  dan  kemudiannya  mengambil  daya  usaha  menganjurkannya  di antara negeri  Kedah  dan  Johor  pada  tahun  1959.   Nama  pertandingan  ini  telah  ditukarkan  kepada  Musabaqah  Membaca  al-Quran  sebelum  ditukarkan  menjadi  Majlis  Tilawah  al-Quran.  Ia juga  telah mula diadakan di luar bandar Kuala Lumpur dan di luar daripada bulan Ramadhan sejak tahun 1981.   Sesungguhnya,  kerajaan berusaha  bersungguh-sungguh   dalam  usaha  untuk  meningkatkan  syiar  Islam  dalam  mengisi  kemerdekaan  negara.
SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...