Friday, March 23, 2012

PKR Hina Pengundi Kaum India!!

SALAM 2 ALL,
KALAU statement yang dikeluarkan oleh salah seorang pemimpin PKR yang menyatakan PKR tak perlukan sokongan masyarakat India, apa lagi yang kaum India tunggu?..balas..balas..jangan tak balas. Ini bukan IBM nak jadi 'batu api', dan bukan IBM kata tapi ianya datang dari mulut pemimpin PKR jugak.

Semalam, di Sungai Petani Kedah, seorang ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat India di negeri ini apabila menghantar satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan parti itu tidak memerlukan sokongan daripada kaum tersebut.

Wakil rakyat terbabit, Datuk Rashid Din yang merupakan Ahli Parlimen Merbok dikatakan telah menghantar satu SMS berbunyi "Pakatan Rakyat tak berapa harap undi India" kepada Setiausaha Persatuan Penyokong-penyokong Kuil Sri Sitti Vinayagar Sungai Petani, V. Kumaraguru baru-baru ini.

Kumaraguru mendakwa, isu tersebut tercetus selepas dia membuat aduan kepada Rashid melalui SMS berhubung tindakan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) merobohkan sebuah kuil kecil di hadapan rumah seorang penduduk di Taman Patani Jaya di sini pada 18 Mac lalu.

Sebenarnya, politik PKR ni memangnya kotor. IBM cuma nak ingatkan kepada rakan-rakan dari kaum India, janganlah terlalu mengharapkan PKR. Mereka bukannya sebuah parti yang memperjuangkan hak rakyat, tetapi PKR adah sebuah parti yang dimiliki/terajui oleh anak-beranak yang diketuai oleh al-Juburi, Anwar Ibrahim.

Buktikanlah wahai rakan-rakan kaum India, tinggalkan PKR dan kembali menyokong   MIC/Barisan Nasional (BN). Kamu semua akan terbela dibawah pemerintahan BN. - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...