Monday, March 12, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


12 MARCH

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PERASMIAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ

Masjid memainkan peranan yang penting dalam perkembangan agama Islam.  Institusi ini dalam sejarah Islam merupakan tempat penyatuan umat Islam di pelbagai pelusuk. Pada hari ini 12.3.1988, Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz telah merasmikan Masjid Negeri baru yang dikenali dengan nama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Masjid yang menelan belanja sebanyak RM 160 juta boleh menampung seramai 27,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Di dalam dewan sembahyang utama sahaja keluasan 73,000 kaki persegi dapat memuatkan 18,000 orang jemaah. Semasa merasmikan Masjid, Sultan Salahuddin bertitah, Masjid ini dapat dimakmurkan sehingga memancarkan nikmat ilmu, iman dan amal demi kepentingan Islam serta keagungan ummahnya. Upacara perasmian Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ini diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Selangor Datuk Haji Ishak Haji Baharom. Dengan adanya Masjid yang mempunyai ciri senibina yang unik mengabungkan seni rekabentuk tradisi Islam dan tradisi Melayu akan menjadi lambang tertegak agama Islam di negara ini.
SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...