Sunday, March 4, 2012

Lagi Ahli PAS Keluar Parti Sertai UMNO....HU..HU..HU....


Zain Samaah (dua dari kiri) menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ikmal Hisham Abdul Aziz pada Majlis Kesyukuran Sempena Penubuhan UMNO Cawangan Kampung Kederak di Tanah Merah, Kelantan, kelmarin.


TANAH MERAH - Seramai 60 bekas ahli Pas dari Kampung Kederak dekat sini yang menyertai UMNO baru-baru ini tampil menunjukkan bukti bahawa mereka adalah ahli parti itu dan bertindak keluar kerana kecewa dengan Kerajaan Pas Kelantan yang tidak pernah menunaikan janji mereka.


Kesemua bekas ahli Pas itu tampil menunjukkan sijil keahlian parti selepas timbul cakap-cakap bahawa mereka adalah ahli UMNO sejak dahulu lagi. Ketika ditemui Utusan Malaysia semalam, mereka menyifatkan kerajaan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya pandai menabur janji seperti projek pembangunan tetapi tidak pernah ditunaikan.

p/s : IBM Kata, "Nik Aziz dah tahu ke belum berita ni?...seperti biasa, apabila ditanya oleh pemberita kelak akan hal ini, IBM pasti Nik Aziz kata Umno bagi duit, sogok depa semua tu. Percayalah. Apa pun, tahniah kepada mereka-mereka semua. Selamat menjadi keluarga Umno, insyallah nasib kalian akan terjamin bersama Umno/BN.

Sumber : UtusanOnline. Terima kasih.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...