Monday, March 19, 2012

Kerajaan Khalid Gagap Hampir Bangkrup, Duit Dah Habis. Lagi Padang Bola Dirampas!!


INILAH padang Sungai Way yang bakal dibangunkan dengan projek komersial.



PETALING JAYA - Belum pun reda isu projek pembinaan pangsapuri dan pusat komersial di kawasan padang di SS7, Kelana Jaya di sini, kini timbul pula isu serupa di Sungai Way apabila padang bola sepak di kawasan itu didakwa bakal berhadapan nasib sama.
Padang seluas 1.6 hektar yang selama ini digunakan penduduk Sungai Way untuk melakukan aktiviti riadah dan kemasyarakatan itu dikhabarkan akan dibina dengan sebuah pusat komersial oleh satu syarikat pemaju yang beralamat di Klang.
Berang dengan perkembangan tersebut, beberapa penduduk Sungai Way bertindak mengadakan perhimpunan aman bagi membantah projek yang didakwa bakal menyebabkan kesesakan lalu lintas dan memusnahkan kawasan hijau di tempat mereka.
Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, Kelvin Chong Seng Foo yang mengetuai bantahan itu berkata, padang bernilai kira-kira RM75 juta itu amat penting untuk kesejahteraan hidup masyarakat Sungai Way.
"Padang ini digunakan oleh kira-kira 35,000 penduduk Sungai Way termasuk oleh pelajar sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina untuk pelbagai aktiviti kerana padang itu terletak berhadapan sekolah mereka.
"Jika projek ini diteruskan, pasti menyebabkan kesesakan, pencemaran dan menenggelamkan gaya hidup sihat masyarakat setempat apabila tempat riadah mereka dimusnahkan untuk tujuan komersial," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
p/s : IBM Kata, "nampaknya kerajaan negeri Selangor dibawah kepimpinan Khalid gagap begitu rakus dan ghairah untuk membuat pembangunan. Yang menjadi mangsanya ialah padang bola sepak yang mana sekelian lama digunakan oleh generasi demi generasi pemuda, tiba-tiba akan dirampas untuk projek perumahan. Persoalanya, tidak cukupkah rumah di negeri Selangor ini dan kenapa setiap kali nak buat projek perumahan dan komersial, padang bola sepaklah yang jadi mangsa?...atau kerajaan negeri telah dijanjikan imbohan yang lumayan oleh pemaju?..maklumlah, kerajaan negeri sekarang amat-amat memerlukan wang untuk menghadapi PRU ke-13 nanti. Maka si gagap and the gang tiada pilihan. Padang bolalah sasaran mereka untuk dikorbankan demi menyelamatkan politik dan juga membuncitkan perut mereka. Oleh itu, rakyat negeri Selangor harus bangkit, tolak Pakatan Rakyat dan bantulah BN. "
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...