BUNYINYA semacam satu amaran yang keras dari ahli Parlimen veteran, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa beliau berkeras akan terus bertanding walaupun BN tidak menyenaraikan namanya nanti. Apa le punya cerita bodoh ni. Barisan Nasional pun belum lagi menagih-agihkan kerusi dan menamakan calon-calon yang akan bertanding di PRU ke-13 nanti, dah ada bunyi-bunyi suara sumbang yang berupa satu amaran atau ancaman.Kenapa le perkara-perkara seperti ini masih lagi berlaku didalam BN??
PM kita belum lagi buka mulut atau menggugurkan nama beliau. Kenapa begitu cepat Tengku Razaleigh melatah?. Atau dah ada yang mula masuk jarum?. Maklumlah bila dah dekat PRU ni macam-macam cerita yang karut-marut kita dengar. Kalau tak kuat iman kita gugur dibuatnya. Kepada Tengku Razaleigh, sabarlah dulu. Pucuk keimpinan BN yang diterajui oleh Perdana Menteri kita, DS Najib tahu apa nak buat.
Jangan le apabila mendapat perkhabaran yang belum ada kesohehan, kita dah mengelabah, marah, kecewa dan membuat andaian yang kurang bijak. Musuh-musuh diluar sana tu sentiasa menunggu masa untuk melobi dan menghasut kita supaya membenci kerajaan. Begitu jugalah dengan Tengku Razaleigh. Awak tu orang veteran, masih dihormati, masih ramai pengikut. Jadi, kenapalah hendak keruhkan keadaan?.
BEGITU JUGA PANDANGAN KETUA PENERANGAN UMNO, DATUK AHMAD MASLAN, SEPENDAPAT DENGAN IBM :
BEGITU JUGA PANDANGAN KETUA PENERANGAN UMNO, DATUK AHMAD MASLAN, SEPENDAPAT DENGAN IBM :
Memang tidak dinafikan bahawa Tengku Razaleigh adalah seorang ahli Parlimen yang telah banyak berjasa kepada rakyat, khusnya Parlimen Gua Musang. Dan, sebagi Ketua Umno Bahagian Gua Musang, sudah tentu segala permasalahan ataupun tuntutan rakyat dikawasn tersebut, Tengku Razaleigh lebih mengetahuinya. Dengan kata erti lain, rakyat disana sudah sebati dengan Tengku Razaleigh.
Oleh itu, IBM harap, Pak Engku Razaleigh, janganlah cepat melatah atau memanggil sidang akhbar untuk menceritakan perkara yang belum lagi diputuskan. Janganlah dikeruhkan lagi kerana ini bukan masanya kita nak bertelingkah atau serang menyerang diantara kita. Rapatkan barisan dan kukuhkan parti dikalangan ahli-ahli dan pemimpin, itu yang sepatutnya dibuat. Tapi, sayang, belum apa-apa dah pun tersibar diakhbar-akhbar tempatan akan hal ini.
Cukup, cukuplah kesilapan yang lampau. Jangan diulangi lagi. Semalam Perdana Menteri kita pun sudah minta maaf kepada rakyat diatas kesilapan Barisan Nasional di PRU ke-12 dulu. Mari kita sama-sama membantu PM kita supaya negara kita ini tidak jatuh ke tangan Pembangkang. Sekian. - IBM