Thursday, March 15, 2012

Muhyiddin Sampaikan Sumbangan Peribadi. Pembangkang Tak Ada Nak Sumbang Ke???


SALAM 2 ALL,

JOHOR BAHRU -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pembunuhan Nurul Nadirah Abdullah sebagai kejam dan tidak bertamadun. Perkara itu disampaikan Pegawai Penerangan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tosrin Jarvanthi yang mewakili Muhyiddin, ketika menemui keluarga kanak-kanak berusia lima tahun itu di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini hari ini. 

Bercakap kepada pemberita, Tosrin berkata Muhyiddin berasa sangat sedih dengan nasib yang menimpa Nurul Nadirah dan berharap keluarganya dapat menerima kejadian itu sebagai ketentuan Ilahi. "Timbalan Perdana Menteri juga berharap pembunuh yang tidak berperikemanusian itu diseret ke muka pengadilan dengan segera," katanya. Tosrin turut menyampaikan sumbangan peribadi Muhyiddin kepada ibu kanak-kanak berkenaan, Roselyn Alan, 25. Nurul Nadirah, disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA mengesahkan mayat rentung yang ditemui di Nusa Damai, Masai, dekat sini pada Khamis lepas adalah mayatnya. Kanak-kanak itu hilang pada 1 Mac lepas ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan rumahnya.  -- Terima kasih Bernama.

p/s : IBM Kata, "Nak harapkan pemimpin-pemimpin pembangkang nak hulurkan bantuan?..Jangan harap le. Cakap je bergegar-gegar. IBM ucapakan tahniah dan terima kasih pada TPM kita yang prihatin dan bermurah hari menghulurkan bantuan secara peribadi. Itulah keistimewaannya pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Allah akan bersama-sama dengan orang pemurah." 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...