BILA diberitakan Barisan Nasional (BN) akan menggunakan khidmat mantan Perdana Menteri dan beberapa pemimpin veteran untuk bertanding di PRU-13 nanti, ramai yang menyambut baik berita tersebut. Ini jelas bahawa BN menghormati dan menghargai jasa2 pemimpin-pemimpin terdahulu yang telah banyak berjaya pada negara. Pengalaman dan 'mesra rakyat' masih ada dijiwa mereka. Jesteru, rakyat juga bersetuju jika mereka dicalonkan kembali.
Difahmkan, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi akan mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas kerana BN mengharapkan pemimpin veteran dan wakil rakyat berkebolehan untuk mempertahankan Putrajaya dari ditawan oleh Pakatan Rakyat. Menurut sumber yang IBM dapat, Tun Abdullah dikekalkan di kawasan yang dimenanginya buat pertama kali pada 1978 sebagai pemimpin baik dan merupakan 'calon boleh menang' yang dicari-cari oleh Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Selain itu, Umno dan BN sedang berusaha memperhalusi nama untuk memastikan mereka mendapatkan calon yang boleh menang sama ada di negeri atau pusat kerana setiap kerusi dikira. IBM harap, Presiden parti dapat membuat pilihan yang tepat kerana PRU kali ini dianggap PRU yang paling sengit. Dengar perkhabaran ini, IBM rasa, pakatan pembangkang akan mengambil kesempatan untuk memperlekehkan BN dengan mengatakan BN ketandusan calon hingga terpaksa menggunakan kembali khidmat pemimpin veteran.
Kalau nak di ikutkan, mereka pun apa kurangnya. Mereka juga akan mengekalkan pemimpin-pemimpin veteran mereka bagi mengekalkan kerusi yang mereka menangi di PRU yang lepas. Kepada pemimpin-pemimpin vetern yang akan dikekalkan kelak, berjuanglah habis-habisan. PRU kali ini adalah penentu untuk masa depan anak cucu kita. Sekiranya BN gagal, maka huru-hara negara kita ini. Pakatan sudah pasti akan menukar dasar-dasar yang telah dibuat oleh kerajaan BN mengikut 'acuan' mereka kerana tujuan mereka tak lain tak bukan untuk mengaut segala kekayaan didalam negara kita. Maka, rakyat menjadi mangsa. Fikir-fikirkanlah......
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Udah lah tu mangkok tundun bodowi beri lah peluang tenaga muda,ini bila jadi YB sikit Pilihan raya kecil..kenapa ..adaa yang padam.kan membazir namanya.
ReplyDeleteKhidmat Pak Lah masih diperlukan.
ReplyDeleteSalam hangkedee,
ReplyDeleteJasa Pak masih ada. Kita kena kenang jugak.
Salam Pengundi Baharu,
ReplyDeleteBetul tu. Khidmat beliau masih diperlukan. Bagi semangat pd calon2 yg muda2 nanti. Jasa mu dikenang Pak Lah...:)