Wednesday, March 14, 2012

Isu Majlis Tunang Anak PM : Shangri-la Dah Jawap. Apa Lagi PKR Mahu??

MEMANG dasar pembangkang suka reka cerita. Putar belit, fitnah agar membuat rakyat benci pada PM dan kerajaan Barisan Nasional (BN). Bayangkan majlis pertunang anak PM pun mereka korek dan buat fitnah pulak tu. Kononnya segala kos katering bagi majlis tersebut menggunakan duit kerajaan/duit rakyat. Gampang punya PKR. Tapi, akhirnya segala tomahan PKR itu terjawab. Semalam,  Hotel Shangri-la Kuala Lumpur menafikan kos katering bagi majlis pertunangan anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa ditanggung oleh Jabatan Perdana Menteri. Sebaliknya, menurut pengurusan hotel itu semalam, pembayaran dibuat oleh DS Najib sendiri.

Kenyataan itu sekali gus menafikan tuduhan Jingga 13 dan PKR yang sebelum ini mendakwa Pejabat Perdana Menteri menanggung kos RM409,797. Menurut kenyataan itu, Hotel Shangri-la Kuala Lumpur ada menerima pengesahan tempahan katering di luar pada 2 Jun 2011 bagi satu majlis di Seri Perdana Putrajaya yang dijadualkan berkangsung pada 17 jun 2011.

Dalam isu ini, IBM merasakan pembangkang, terutamanya PKR dan Jingga 13 (balaci PR yang masih berhinggus) sudah ketandusan idea bagi menghadapi PRU ke-13 nanti. Mereka mencari dan mencari kesalahan dan mengorek cerita-cerita yang tidak 'relevan' bagi menarik perhatian rakyat bahawa kerajaan BN terlalu jahat dan menindas rakyat sekali gus menyalahguna kuasa serta menggunakan duit rakyat. Mereka akan menfitnah sesiapa sahaja dari parti BN termasuklah Perdana Menteri sendiri. Memang busuk hati pembangkang di Malaysia ini.
Walauapa pun, IBM 'salute' pada PM kita yang sentiasa cool dan menjawab segala dakwaan pembangkang yang begitu ghairah untuk menumbangkan kerajaan BN, termasulah fitnah yang menglibatkan perbelanjaan pertunangan anak perempuannya yang kononnya ditanggung oleh Pejabat Perdana Menteri sebagaimana didakwa oleh pihak pembangkang. IBM cadangkan pada DS Najib, saman je si penfitnah tu. Mereka-mereka ini sudah melampau. Kalau iapun nak menang PRU ke-13 nanti, bukan itu caranya.
Difahamkan Pejabat Perdana Menteri akan mengeluarkan satu kenyataan berkenaan dakwaan tersebut dalam waktu yang terdekat. Elok juga tu. Bersihkan nama PM kita dan kalau boleh pejabat Perdana Menteri pun buat laporan Polis dan saman mereka yang bertanggungjawab. Sama jangan tak saman - IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...