28 MARCH
SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN
UPACARA PERASMIAN SEKOLAH RAJA CHULAN, IPOH PERAK |
Pada hari ini dalam tahun 1969, Sekolah Raja Chulan telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Encik Khir Johari. Sekolah Raja Chulan ditubuhkan di Ipoh Perak bagi menampung keperluan pelajar-pelajar di Ipoh. Sekolah tersebut yang menelan belanja lebih kurang $ 316 ribu. Di dalam ucapan perasmian antara lain Encik Khir Johari mengusulkan agar guru-guru sentiasa melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan akademik serta mana-mana guru yang mempunyai kelulusan tambahan diberi bonus, sebagaimana yang disebutkan dalam Laporan Aziz. Berikutan dengan perkara ini guru-guru adalah digalakkan untuk mengambil peperiksaan dan mengikuti kursus yang diadakan dengan diberi kemudahan cuti dan sebagainya bagi mencapai hasrat kerajaan untuk melengkapkan diri guru-guru sejajar dengan perkembangan pelajaran di negara ini. Sesungguhnya dengan perasmian sebuah lagi sekolah baru ini menandakan bertambah satu lagi kemajuan di bidang pelajaran untuk generasi yang ada dan yang akan datang. Ini merupakan salah satu di antara banyak kemajuan dan kemudahan dalam pendidikan yang telah diterima semenjak negara ini mencapai kemerdekaan.
SUMBER : ARKIB NEGARA.GOV.MY
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
|