Saturday, March 24, 2012

Shahrizat Kekal Ketua Wanita. Ada Lagi Yang Tak Puas Hati Ke??

NAJIB Tun Razak, Muhyiddin Yassin dan Shahrizat Abdul Jalil pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Wanita UMNO bersama Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam

SALAM 2 ALL,
ALHAMDULILLAH. Kak Ijat kekal Ketua Wanita Umno. Itu adalah kehendak ahli-ahli wanita. Tidak boleh kita nafikan. Apa yang perlu sekaran ini, wanita terus maju dan berkerja keras bagi menghadapi PRU ke-13 yang akan datang. Lupakan salah faham antara kak ijat dan Naibnya yang membuat kenyataan sebelum ini supaya kak Ijat berundur dan lepaskan jawatan sebagai Ketua Wanita.

Hal ini amat-amat mengembirakan Perdana Menteri kita, DS Najib. Semalam DS Najib telah mengadakan perjumpaan tertutup dengan wanita di PWTC. Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menegaskan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kekal sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO walaupun Naib Ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim mendesak beliau melepaskan jawatannya. Pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Wanita UMNO bersama Presiden di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini Najib turut mengumumkan perakuan daripada Shahrizat dan Kamilia untuk bekerjasama sepenuhnya sebagai satu pasukan. Syukur Alhamdulillah. - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...