KUANTAN – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu semua pihak berhenti daripada mengaitkan nama baginda dengan kes khalwat yang dihadapi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron. Tengku Abdullah bertitah, kenyataan Badrulamin dan beberapa buah blog yang mengaitkan nama baginda sebagai kononnya akan campur tangan dalam kes tersebut adalah satu perkara yang tidak benar dan mengejutkan.
“Saya tidak berada di dalam negara pada ketika itu. Saya harap hentikanlah mengaitkan nama saya. Saya tidak pernah terlibat dalam hal ini dan saya hanya ingin tahu siapa yang terlibat, tidak lebih daripada itu,” titah baginda kepada pemberita semalam selepas melawat persiapan stadium menjelang Sukan Malaysia Pahang yang bakal berlangsung Julai ini. Tengku Abdullah bertitah demikian semasa diminta mengulas kenyataan Badrulamin yang mendakwa baginda akan campur tangan dalam kes khalwat pemimpin PKR itu bersama seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah bilik hotel di Pantai Balok di sini pada 25 Februari lalu kira-kira pukul 3 pagi.
p/s : IBM Kata,"Yang syok si Badrul, tetiba Tengku Abdullah pulak yang terlibat. Apa hal. Apapun, kepada Badrulamin, bertaubatlah. Jangan nak main sandiwara lagi dan hentikanlah mengait orang lain dalam isu khalwat awak tu. Memang dasar pemimpin PKR suka kacau bini orang dan runtuhkan rumah tangga orang.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA