Wednesday, March 14, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

 GAMBAR RAJA-RAJA MELAYU

14 MARCH

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PERSIDANGAN TERAKHIR MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU SEBELUM MERDEKA

Sebelum negara mencapai kemerdekaan beberapa Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu telah diadakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah negara dan rakyat jelata. Pada hari ini 14.3.1957 satu Persidangan terakhir Majlis Raja-Raja Melayu sebelum negara mencapai kemerdekaan telah diadakan di Kuala Lumpur.
Di antara perkara penting yang telah dipersetujui dalam persidangan Majlis Raja-raja Melayu tersebut ialah:-
  1. Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Negara dan menjadi Pengerusi Tetap bagi majlis Raja-raja setelah Kemerdekaan diisytiharkan.
  2. Raja Permaisuri Agong akan diisytiharkan sebagai Wanita Pertama dalam negara yang mendahului isteri-isteri raja-raja lain.
  3. Persetujuan pengisytiharan kemerdekaan dijalankan selepas upacara penyerahankuasa secara rasmi oleh wakil Diraja Inggeris di Stadium Merdeka.
Perkara-perkara lain yang dibincangkan ialah tentang siapakah yang akan mengisytiharkan kemerdekaan. Persidangan telah mengemukakan sama ada Yang Di Pertuan Agong ataupun wakil-wakil dari keluarga Di Raja Inggeris atau Ketua Menteri.  Raja-raja Melayu juga bersetuju dengan rancangan perayaan kemerdekaan yang telah dikemukakan oleh Kerajaan Perikatan di mana negara-negara yang berhaluan kiri tidak akan dijemput dan meluluskan rangka cadangan perjanjian pertahanan dan kerjasama di antara Persekutuan Tanah Melayu dan England.
SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA - IBM

1 comment:

  1. Salam bro Helang Buana,
    terima kasih kerana sudi melawat blog hamba...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...