Friday, March 30, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


30 MARCH

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

MAJLIS PELANCARAN PERAYAAN KE-25 DAN PERASMIAN PAMERAN SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PARLIMEN MALAYSIA


PADA hari ini dalam tahun 1985, telah berlangsung Majlis Perayaan 25 tahun Parlimen Malaysia, di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed. Turut serta pada majlis tersebut, Dato' Seri Dr. Siti Hasmah serta Y.A.B Timbalan Perdana Menteri dan isteri. Berucap pada majlis perasmian itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa tidak ada sesiapa pun boleh berkata bahawa pilihan raya di Malaysia tidak bebas. Malaysia ialah sebuah negara demokratik dengan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. Menurut beliau lagi, walaupun kebebasan yang dinikmati oleh rakyat negara ini tidak mutlak dan tertakluk kepada sekatan-sekatan tertentu namun, sekatan tersebut tidak pula dikenakan dengan sewenang-wenangnya. Sekatan-sekatan itu dibuat berdasarkan kehendak rakyat melalui Parlimen dan perlu diadakan oleh kerajaan, terutama dalam masyarakat majmuk di negara ini. Pada majlis tersebut juga, Perdana Menteri telah menyaksikan Pameran Sejarah Parlimen Malaysia dengan diringi Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Datuk Zakiah Hanum Haji Abdul Hamid.

SUMBER : ARKIB NEGARA.GOV.MY
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...