Thursday, December 1, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR KITA

1 DISEMBER 

(GAMBAR HIASAN)
PENIAGA-PENIAGA BUMIPUTRA KINI BERJAYA MENGELUARKAN PRODUK JENAMA TEMPATAN


PUSAT LATIHAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA SABAH DITUBUHKAN


Penyertaan masyarakat Malaysia di bidang perniagaan masih lagi berkurangan terutama bagi kaum bumiputera, walaupun pelbagai usaha telah dijalankan. Bagi Kerajaan Sabah, usaha-usaha telah dijalankan bagi mewujudkan peluang kepada golongan muda terutamanya mempelajari kemahiran dalam bidang perniagaan. Usaha-usaha di bidang ini dapat dilihat dari kesungguhan Kerajaan Negeri Sabah apabila pada 2.12.1972 Kementerian Pembangunan Perusahaan Negeri telah menubuhkan Pusat Latihan Bumiputera di bidang perniagaan. Pusat Latihan ini terletak di Jalan Petagas Tanjung Aru, buat pertama kali telah mengambil pelajar seramai 52 orang. Antara kursus-kursus yang dijalankan di Pusat Latihan ini ialah Menyimpan Kira-kira, Kira-kira Perniagaan, Pembelian/Pemasaran, Penjualan, Pengurusan Kedai/ Pejabat dan Kemahiran di bidang perniagaan. Dengan kata lain perkara-perkara yang berkaitan dalam bidang perniagaan diajar di pusat ini. Dengan adanya usaha-usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri ini akan dapat menambahkan lagi rakyat menceburi bidang perniagaan. Usaha-usaha pusat ini patut menjadi contoh kepada kerajaan negeri-negeri lain bagi memajukan  bumiputra.
SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR: IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA.COM]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...