Saturday, December 3, 2011

Monorel Melaka : Cepat Selesaikan, Jangan Sampai Pembangkang Jadi 'Hero Rakyat' !!

PENDUDUK tempatan dan pelancong asing merasa kecewa dan terkilan untuk menaiki dan mencuba perkhidmatan 'Monorel'  kerana sekali lagi perkhidmatannya terpaksa di hentikan lagi.

Petugas pelancong menaiki Monorel Melaka masih belum tercapai gara-gara masalah teknikal yang belum dapat diselesaikan. 

Operasi Monorel Melaka yang di berhentikan buat kali kedua yang memulakan perkhidmatannya pada 30 November lalu dilakukan demi keselamatan para penumpang termasuk pelancong asing.

Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD), Azhar Ahmad berkata, pemberhentian itu berpunca daripada kerosakan teknikal pada sistem pengendalian automatik untuk menggerakkan Monorel yang boleh membahayakan nyawa penumpang.

Selain itu, beberapa kriteria juga masih belum dipenuhi oleh pihak pengendaliannya, Syarikat Melaka Taming Sari terhadap ciri-ciri keselamatan Monorel tersebut seperti yang telah di tetapkan. Diharap masalah teknikal ini dapat di selesaikan secepat mungkin kerana ianya menjejaskan industri pelancongan dan nama baik negeri Melaka , tempat bersejarah akan tercemar.

Kita tidak mahu permasalahan ini berlanjutan kerana pihak pembangkang akan mengambil kesempatan menuduh adanya penyalahan kuasa, rasuah, pembelian Monorel yang tidak sesuai dipakai dan banyak lagi untuk mengaburi mata rakyat. Pembangkang memang terkenal memutar belitkan ceritan dan fakta. Itulah yang kerajaan Barisan Nasional (BN) Melaka harus ambil perhatian.

Bila Pilihan Raya Umum sudah nak sampai, inilah saat dan ketikanya pembangkang keluar dan menonjolkan diri, kononnya merekalah pembela rakyat.  IBM yakin, isu Monorel ini akan di politikan oleh pembangkang. Kita tunggu sahaja masa dan ketikanya. Tak lama lagi kedengaran gendang dipalu oleh pembangkang. - IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...