Thursday, December 1, 2011

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS - Astro Arena - FAM 2011

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

SEMBANG-SEMBANG SUKAN :

 

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena-FAM 2011? Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) Supermokh Liga Malaysia bagi musim 2011.


Penyerang Kelantan itu menerima pengiktirafan tersebut pada majlis tahunan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena-FAM 2011 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara semalam.

Ini merupakan kali kedua berturut-turut Norshahrul, 24, menjulang anugerah tersebut selepas kali pertama menggenggamnya tahun lalu.

Musim lalu, anugerah itu dinamakan sebagai Pemain Paling Bernilai sebelum ditukar kepada Anugerah MPV Supermokh tahun ini.

Ia merupakan pengiktirafan tertinggi buat pemain bola sepak tempatan.

Norshahrul menewaskan rakan sepasukan, Khairul Fahmi Che Mat dan pemain Selangor, Safiq Rahim yang turut dicalonkan untuk menerima anugerah berprestij itu yang mengambil nama legenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Selain menerima anugerah tertinggi itu, Norshahrul turut terpilih untuk menerima anugerah Penyerang Terbaik Liga Malaysia sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif F&N Holding Berhad, Datuk Ng Jui Sia.

Sementara itu, ketua jurulatih baru Selangor, Irfan Bakti Abu Salim dipilih memenangi anugerah Jurulatih Terbaik.

Kemenangan tersebut adalah hasil kejayaannya membawa Terengganu muncul juara Piala FA musim ini selain kemaraan pasukan itu ke final Piala Malaysia sebelum tewas kepada Negeri Sembilan.

Khairul Fahmi pula dipilih sebagai pemenang anugerah Penjaga Gol Terbaik sementara Safiq Rahim (Selangor) dinobatkan sebagai Pemain Tengah Terbaik. TAHNIAH SEMUA. MAJULAH SUKAN BOLASEPAK UNTUK NEGARA - IBM

PENJAGA GOL TERBAIK :

 KHAIRUL FAHMI CHE MAT@ APEK (KELANTAN)


PEMAIN PERTAHANAN TERBAIK :
NORHAFIZAH ZAMANI MISBAH (NEGERI SEMBILAN) - MAAF TIADA GAMBAR

PEMAIN TENGAH TERBAIK :
 SAFIQ RAHIM (SELANGOR)


PENYERANG TERBAIK/ANUGERAH SUPERMOKH UNTUK PEMAIN PALING BERNILAI
NORSHAHRUL IDLAN TAHA (KELANTAN)

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH SEMUA

- MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA -

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...