Monday, December 5, 2011

HARI IN DALAM SEJARAH

MENGIMBAU KEMBALI AKAN SEJARAH SILAM TANAH AIR KITA

 5 DISEMBER

GALLERY ARKIB NEGARA

PERASMIAN BANGUNAN PUSAT URUSAN REKOD ARKIB NEGARA

TARIKH PERISTIWA : 5.12.1966

Pada hari ini 5.12.1966, Timbalan Perdana Menteri YAB Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein telah merasmikan bangunan baru Pusat Urusan Rekod Arkib Negara di Petaling Jaya. Upacara perasmian itu telah dihadiri oleh kira-kira 200 orang yang terdiri dari para pegawai kanan kerajaan dan orang-orang kenamaan negara. Bangunan baru Pusat Rekod Kerajaan ini telah siap dibina dalam bulan Oktober 1965 dengan belanja sebanyak 373 ribu ringgit. Pusat Urusan Rekod ini merupakan 'khazanah' penting bagi negara ini. Sebelum bangunan ini siap dibina, sebuah bangunan yang diperbuat daripada kayu terletak di Jalan Tengah, Kuala Lumpur telah menjadi tempat menyimpan rekod sementara.
Matlamat utama Pusat Rekod yang kini dikenali sebagai Pusat Perkhidmatan Rekod ialah untuk:-
  • menyimpan dan memelihara rekod-rekod kerajaan yang telah dipakai dan bernilai kekal dan juga sementara; dan
  • membantu jabatan-jabatan kerajaan di dalam usaha untuk menjimatkan perbelanjaan dalam urusan menyimpan rekod-rekod yang telah dipakai.
Bangunan baru pusat ini telah dibina khas untuk menjadi Gedong Rekod yang amat bersesuaian sekali dan ianya terdiri daripada tiga bahagian besar iaitu kawasan Pentadbiran, kawasan kerja dan Gedong Rekod. Sesungguhnya dengan perasmian Pusat Urusan Rekod ini pada hari ini dalam tahun1966 telah memberi makna dalam usaha memelihara rekod-rekod penting kerajaan. Bangunan baru ini diharapkan dapat menampung segala kekurangan dalam urusan penyimpanan rekod sebelum ini.
SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA PEMBACA YANG BUDIMAN.
IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...