Saturday, December 3, 2011

BANDAR SATAY TENGGELAM AKIBAT BANJIR...

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

BANDAR Kajang ditenggelami banjir kilat selepas hujan lebat pada petang Jumaat. Kelihatan beberapa pemandu teksi terpaksa menolak teksi mereka yang dimasuki air

BILA nak makan satay yang bagus, semua orang akan ingat KAJANG, kerana satay kajang memang terkenal. Tapi, buat masa ini susah le nak kesana kerana hampir sebahagian pusat bandar kajang telah ditenggelami air akibat hujan lebat petang Jumaat sehingga memaksa pihak berkuasa menyelamatkan sembilan mangsa banjir termasuk tiga warga emas.

Menurut Pengarah Operasi Bomba dan penyelamat Selangor, Mohammad Sani Harul, mangsa berada di rumah ketika air mula menaiki rumah mereka. Kesemua  mangsa di selamatkan di kawasan perumahan di Kampung Sungai Kantan dan Jalan Kelapa di mana mereka tidak sempat melarikan diri bila banjir berlaku. IBM ada buat perancangan untuk bawa family makan satay kajang malam ni, tapi terpaksa dibatalkan di saat akhir bila mendapat berita dari kawan IBM di sana.

Dengar cerita tak ada seko pun wakil rakyat dari Pakatan Rakyat datang menjengok mangsa-mangsa banjir tersebut. Kata merekalah penyelamat dan pembela rakyat. Habuk pun tak de. Mungkin ramai wakil rakyat depa sedang cuti-cuti Malaysia, atau ke PWTC, mengendap, jadi spy nak cari maklumat terkini akan perkembangan Perhimpunan Agung UMNO yang sedang rancak sekarang ini. Maklumlah setiap maklumat yang mereka perolehi, menjadi senjata untuk di bawa ke PRU ke -13 nanti. - IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...