Saturday, December 3, 2011

Politik Budak 'Berhingus', Mentah!!!

BARU - baru ini IBM dapat mesej dari seorang rakan Face Book, menghantar melalui email IBM tentang seorang pelajar Sekolah Menengah yang membuat posting berunsur politik. Bila IBM baca dan teliti, pelajar tersebut mungkin baru nak berjinak-jinak dengan politik atau ada orang dibelakangnya. 


Cara penulisan beliau, ianya menjurus kepada kefahaman pihak pembangkang yang sentiasa mencari silap, sindir menyindir. Semuanya berkisarkan politik semasa di era pemerintahan Tun Mahathir ketika menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia. Tajuknya 'kesetian' Timbalan parti terhadap Presiden parti yang akhirnya membawa kepada perpecahan parti.

Di sini, IBM mengambil kesimpulan bahawa pelajar ini baru nak kenal apa tu politik dan juga mungkin beliau ingin menjadi seorang penulis dan penganalisa politik. Tapi, sayang, beliau belum lagi boleh menulis degan baik, diibaratkan budak yang masih 'berhingus' yang menulis dan menuduh secara membabi buta. Ok lah, malas nak tulis panjang-panjang, korang bacalah apa yang ditulis oleh budak berhinggus ini di laman Face booknya. Baca jangn tak baca. - IBM


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...