Saturday, December 3, 2011

'Rampas Selangor' !! UMNO Yakin Kerajaan Khalid Gagap Akan Tumbang.


HARI KEDUA : PERBAHASAN USUL UCAPAN DASAR PRESIDEN OLEH PERWAKILAN 

RAMPAS Selangor! - IBM tertarik dengan pembahasan dasar ucapan dasar Presiden oleh wakil dari Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz, semalam. Antaranya beliau berkata, kerajaan Pakatan di Selangor tidaklah sehebat mana pun dan Umno Selangor telah bermuhasabah diri setelah kekalahan pedih semas pilihan raya umum 2009 yang lalu.

Kini, Umno sudah nampak jalan untuk merampas kembali negeri Selangor. Mengikut beliau, pembangkang tidaklah sehebat mana. Mereka tidak bersefahaman. DAP dengan rasisnya, PKR dengan masalah peribadi pemimpin dan PAS pula tidak tetap pendirian mereka. Oleh itu, IBM bersependapat dengan Datuk Johan dan yakin, dengan semangat yang berkobar-kobar, semangat kerja berpasukan, mendekati rakyat, tidak mustahil Selangor kita tawan kembali. - IBM



Umno sudah nampak jalan rampas Selangor
Perhimpunan Agung Umno 2011 yang masuk hari kedua hari ini bermula dengan penyambungan perbahasan usul Ucapan Dasar Presiden.
azlan
Antara mereka yang membahas hari ini, adalah perwakilan Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz.

Beliau memulakan perbahasan dengan membidas kerajaan negeri Selangor yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa terbabit dengan pelbagai salah-laku dan penyelewengan.


“Penjualan aset-aset PKNS dan Yayasan Selangor dipergadai. Dalam manifesto PRU12, mereka berjanji sediakan premis yang cukup dan latih usahawan.

“Sewa premis di bangunan PKNS dinaikkan 300 peratus. Menipu rakyat turunkan cukai pintu kediaman. Penyangak tidak berhenti di situ saja, sekarang nak ambil alih padang awam di Kelana Jaya,” katanya.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...