Saturday, February 1, 2014

SELAMAT PULANG KE TANAH AIR. TERIMA KASIH KERAJAAN SWEDEN!!

SABTU, 01 FEBUARI 2014
ORANG yang paling gembira ialah Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila keempat-empat anak pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden dibenarkan pulang ke tanah air. Beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sweden di atas pertimbangan khas yang diberikan bagi membolehkan mereka (anak pasangan yang ditahan) dibawa pulang. Syukur alhamdulillah, katanya. Kalau mengikut undang-undang yang dikenakan oleh kerajaan Sweden sebelum ini, amat sukar perolehi (kebenaran untuk membawa pulang) anak-anak tersebut, tetapi atas hubungan baik di antara Malaysia dan Sweden dan semangat Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak yang ditanda tangani kedua-dua negara, mereka beri persetujuan, kata Datuk Seri Najib. 
Perasaan gembira ini disuarakan oleh Perdana Menteri kepada pemberita selepas beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bertemu dan bertanya khabar dengan keempat-empat anak pasangan itu di kediamannya di Jalan Langgak Duta di sini, Sabtu. Aishah Azizul Raheem, 14, dan tiga adiknya Ammar, 12; Adam, 11 dan Arif, 7, tiba di kediaman Perdana Menteri kira-kira 1 tengah hari dengan ditemani Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan saudara-mara mereka. Jelas kelihatan mereka yang tiba di tanah air pagi ini nampak lesu dan letih selepas menempuh perjalanan selama 17 jam dari Stockholm, namun kelihatan ceria apabila bertemu Najib dan Rosmah yang menyambut ketibaan mereka.
Bapa kanak-kanak tersebut, Azizul Raheem Awalludin dan ibu mereka, Shalwati Norshal ditahan pihak berkuasa Sweden untuk siasatan pada 18 Dis lepas atas dakwaan memukul tangan seorang daripada anaknya kerana tidak solat. Mereka tiba kira-kira 7.04 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA)di Sepang dari Stockholm menaiki pesawat Malaysia Airlines. Disamping itu Datuk Seri Najib turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Hamzah Zainudin, iaitu Timbalan Menteri Luar kerana menjalankan tugas dengan baik sehingga berjaya membawa balik kanak-kanak tersebut agar kebajikan dan kesejahteraan mereka terjamin dan psikologi mereka tidak terganggu dengan tekanan yang dihadapi di negara itu.


Datuk Seri Najib juga dimaklumkan bahawa ibu bapa mereka bersetuju supaya anak-anak mereka ditempatkan bersama ibu saudara mereka di Kelantan, kita akan uruskan mereka untuk pergi ke Kelantan dan sekiranya ada apa-apa keperluan kita akan bantu, katanya. Beliau berkata pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membuat pemantauan secara berkesan agar keempat-empat beradik itu dijaga dengan baik dan terlepas daripada mengalami sebarang tekanan perasaan akibat kesukaran yang dialami sepanjang penahanan ibu bapa mereka. Kalau perkara ini tidak diuruskan secepat mungkin, pembangkang dan para pemerhati politik akan menyalahkan kerajaan kerana lambat bertindak.
Semuanya salah BN. Apa jadah. Kini, kes yang mendapat simpati orang ramai, media dan yang lain, tak ada siapa pula yang bersuara, berterima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia yang bertindak cepat bagi menyelesaikan kes tersebut sehingga keempat-empat anak pasangan tersebut dapat kembali ke tanah air dengan selamat. Inilah amalan politik tana air kita. Yang buruk cepat-cepat di heboh-hebohkan manakala yang baik-baik tidak mendapat pengiftirafan. Politik apa namanya tu? Apapun selamat pulang ke tanah air  kepada keempat-empat kanak-kanak tersebut. Nak tunggu apa pulak komen pembangkang selepas ini......Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...