Friday, September 11, 2015

MELAYU KAH MAHATHIR??

JUMAAT, 11 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA
PANAS! PANAS BERAPI!. Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Kuttty dicabar menyertai "Perhimpunan Melayu Bersatu" pada 16 September ini jika beliau cukup "Melayu"Cabaran itu dibuat Presiden Gabungan NGO-NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos selepas mempelawa kaum Cina dan India menyertai mereka. Kalau Tun M cukup Melayu dia datanglah, kata Datuk Jamal ketika diminta mengulas berhubung undangan kepada Mahathir. Perhimpunan 16 September ini sebagai reaksi kepada himpunan BERSHIT 4 yang mendesak pengunduran Perdana Menteri DS Najibpada hujung bulan lalu. Perhimpunan itu, yang menggunakan tema 'baju kuning', dikaitkan pemimpin kerajaan dan media arus Perdana dengan dominasi Cina dan DAP. 
Mahathir Kutty hadir dua kali dalam perhimpunan BERSIH 4 bersama isterinya Tun Siti Hasmah Ali. Sementara itu, mengulas desakan Tun Mahathir supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur, Jamal berkata pemimpin veteran itu tidak layak berbuat demikian. Tun M bukan seorang yang layak untuk meminta PM berundur, dia tidak ada kelayakan tersebut. Yang layak hanyalah rakyat dan ahli Umno. Rakyat yang boleh menentukan, kata Datuk Jamal lagi. Kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan BERSHIT 4 buat kali kedua akhir bulan lalu ternyata memberi kejutan banyak pihak. Mamak Mahathir Kutty bagaimanapun berkata kehadirannya pada perhimpunan tersebut untuk menunjukkan solidariti kepada rakyat. 
Jelasnya, beliau menyokong tindakan rakyat berhimpun di Dataran Merdeka untuk menggesa Najib meletakkan jawatannya. Itulah cakap-cakap bekas pemimpin no 1 negara yang kini ditahap orang nyanyuk. Entah kenapa dia (Tun M) masih belum 'zip' mulut celupar beliau seperti yang diminta oleh ramai orang. Dah 90 lebih, tak sedar-sedar ke 'rumah kata pergi, kubur kata mari'. Lantak kau lah mamak oii. Ops, terlupa pulak. Kalau Tun M seorang 'melayu' datanglah pada 16 Sept ini ye. Ada berani ke mamak kutty? Wasallam. Dari saya ~ IBM
"MELAYU KAH MAHATHIR"

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...